Negara Ottoman telah melalui beberapa peringkat. Ia bermula sebagai negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan. KemuBagindan ia menjadi sebuah monarki Islam dan satu keturunan kepada KeSultanan Seljuq di Rum. Akhirnya pemimpin-pemimpinnya menjadikan negara tersebut sebagai monarki Islam yang universal, keturunan daripada khalifah-khalifah Islam dan maharaja Rum. Ketua Greek dan Anatolia memerlukan bandar baru untuk empayar mereka dan batu-batu untuk membina arca-arca mereka. Pada 29 Mei 1453, dua tahun selepas ketabalan sebagai ketua pemerintah, Sultan Muhammad telah tiba di kota Konstantinopel. Dengan itu, Baginda telah menyatukan dua benua dan dua tradisi yang membentuk warisannya. Segmen terakhir disesuaikan tempatnya. Bagi Eropah, ini adalah tanda-tanda berakhirnya Zaman Pertengahan berdasarkan kepada pandangan secara tradisional. Dalam Islam, ini adalah satu permulaan kepada Zaman Kegemilangan Ottoman yang baru.
Selama beberapa ketika, Sultan Ottoman di Turki dan Safavid Shahs di Turki berselisih sesama mereka untuk menguasai Timur Tengah. Perebutan ini telah dimenangi oleh Kerajaan Ottoman tetapi tidak menggugat Iran dan mereka menumpukan perhatian terhadap keSultanan Mesir, kerana mereka berupaya untuk menggulingkannya dengan mudah, menggabungkan jajahannya, Mesir, Syria dan Arab Barat dalam jajahan Ottoman. Dari tahun 1517 M (924 Hijri) , hanya terdapat dua negara yang penting di Timur Tengah ialah Turki dan Iran, ini dikekalkan kedudukannya sehingga sekarang.
Monarki Turki yang keempat terutama ialah yang berada di Utara India. Selepas penaklukan oleh Mahmud dari Ghazna, negara Islam di InBaginda diperintah oleh Sultan Turki yang dikenali sebagai Raja Hamba Delhi (Slave Kings of Delhi). Monarki mereka mengalami kejatuhan dan diganti dengan empayar yang lebih hebat dan berkuasa yang ditemui oleh Babur, keturunan Timur-i-Lang, yang menakluki InBaginda pada awal kurun ke-16 (ke-10 Hijrah) dan membangunkan sebuah empayar yang terkenal iaitu Mughul. Selain daripada empat monarki yang utama, negara-negara Islam yang lain juga tumbuh di bahagian Utara, dan Afrika tropical, Asia Tengah dan kawasan yang luas telah dibuka untuk Islam dengan memasuki secara halus ke Asia Tenggara.
Namun begitu, kekuatan empat empayar Muslim yang hebat itu mengelirukan dan menyembunyikan perubahan fundemental dalam hubungan antara Islam dan Kristian. Sejak dari akhir kurun ke-15, Eropah memulakan usaha untuk pergerakan yang hebat bagi penemuan dan penaklukan yang akhirnya membawa kepada seluruh dunia, dari Utara ke selatan. Sementara negara-negara Islam di Crimea, lembah Don dan Volga dan pusat Asia dijajah di bawah kuasa Russia, Asia selatan dan Tenggara serta Timur Tengah telah berjaya dimasuki, dipengaruhi dan didominasikan oleh pendatang-pendatang dari Eropah Barat. Untuk kali kedua, kali pertama semenjak penaklukan Mongol, pusat Islam sekali lagi berada di bawah pentadbiran bukan Islam, kesan yang mengejutkan, tindakbalas dan reaksi orang-orang Islam terhadap cabaran, dan perpindahan secara perlahan-lahan oleh masyarakat Islam.yang dituruti, adalah tema yang paling menonjol dalam sejarah Islam di zaman moden.
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
No comments:
Post a Comment