Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, July 24, 2010

Sejarah Kegemilangan Islam Bahagian 7

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya" Surah Yusuf, 12: 2.

Orang Kristian Dan Orang-Orang Mongol

Pada kurun ke-11 (ke-15 Hijrah), seluruh dunia mengalami krisis dalam negeri. Kelemahan ini terjadi disebabkan oleh siri-siri pencerobohan Turki dari timur, Caucasian dari Utara, Badwi dan Barbar dari selatan dan Franks dari barat. Pada ketika itu, Kristian telah menakluki semula Sepanyol dan ketibaan orang-orang Kristian di Palestin telah dirasai oleh umat Islam.

Kedatangan orang-orang Kristian ke Timur telah meninggalkan beberapa kesan yang kekal. Kesan yang paling penting ialah perkembangan perdagangan antara negara-negara Islam dan negara-negara barat, melintasi laut Mediterranean. Perdagangan tersebut sebenarnya telah wujud dalam skop yang kurang luas, sebelum kedatangan Perang Salib lagi. Ia berkembang pesat di pelabuhan Levant di bawah pemerintahan orang Kristian dan mereka mempertahankan kedudukan mereka kerana pemimpin Islam yang menjajah memperolehi banyak faedah di atas kedatangan mereka.

Akibat lain yang disebabkan oleh kedatangan orang-orang Kristian ialah kemerosotan kekal dalam situasi kumpulan minoriti bukan Islam di bawah pemerintahan Islam. Apabila orang-orang Kristian telah mewujudkan siri-siri penempatan di Syria dan Palestin, penduduk asal yang menganut Kristian di kawasan itu berasa lega kerana dapat bekerjasama ataupun mendapat simpati daripada musuh-musuh Islam. Penganiyaan jarang berlaku, namun wujud kekerasan dan hubungan telah menjadi semakin buruk antara umat Islam dengan kumpulan yang tidak puas hati dan yang berpotensi untuk menjadi musuh luar yang sangat bahaya.

Selepas Mongol

Terdapat beberapa elemen yang berbeza dan tersendiri dalam bentuk yang baru ini. Satu daripadanya ialah politik yang universal dan pengusaan tentera di Turki. Setiap tempat dari Mesir ke InBaginda dan Asia Tengah, penguasa, tentera, pemerintah dan golongan penguasa ialah orang-orang Turki untuk berperang dan memerintah, biasanya untuk penyingkiran sesama mereka. Berhubung dengan perubahan tersebut, ialah kestabilan ketenteraan dan struktur institusi. Orang-orang Siberia telah mewujudkan bentuk baru, yang terpenting di kalangan mereka ialah Sultan, politik dan kuasa ketenteraan terasing keduanya tetapi saling melengkapi dalam sistem khalifah, sekarang terhad dalam perkara utama, untuk keagamaan dan perundangan.

Kedatangan Turki membawa kekuatan baru bagi dunia Islam, membolehkannya untuk bertahan dan akhirnya menangkis tentera-tentera Kristian dan melancarkan umat Islam yang maju di tengah-tengah Eropah. Turki, dalam pelbagai bidang, menggunakan bahasa Arab dan Parsi sebagai bahasa utama yang ketiga dalam penampilan dan yang pertama dalam kepentingan politik. Semasa zaman Mongol, terdapat empat pusat kuasa utama dalam dunia Islam. Salah satunya dikenali sebagai Sultan, terdapat di Mesir dan termasuk kebanyakan kawasan Syria. Sultan Mamluk, bagaimanapun diperintah oleh Turki and Circassian, yang mempunyai populasi asal yang menggunakan bahasa Arab dalam peranan golongan bawahan, namun begitu mengekalkan kekuatan budaya Arab yg lama. Bahasa Parsi atau Turki tidak digunakan secara meluas. Bahasa Arab masih menjadi satu-satunya bahasa dalam pentadbiran, perdagangan, pendidikan dan penulisan. Dalam sejarah kebudayaan Arab, Mamluk Mesir digunakan oleh Turki, Mongol dan keturunan mereka di bahagian Utara.

Pusat kedua ialah Parsi, mula diperintah oleh Kerajaan Khans, keturunan Mongol yang menakluki Timur Tengah dan yang terpenting di Tamerlane. Selepas kejatuhannya, pemerintahan anarki pula diwujudkan dan berakhir berikutan kemunculan dinasti baru pada kurun ke 15 dan 16 (ke-9 dan ke-10 Hijrah). Dinasti tersebut ialah Safavids, dengan ciri-ciri keagamaan yang kuat daripada hasil daripada pengaruh Shi'ah yang terdapat di Iran. Safavids ialah penakluk-penakluk Iran yang bertahan sehingga sekarang selepas mengalami beberapa perubahan. Jauh ke barat, orang-orang Turki di Anatolia, selepas perpecahan keSultanan Seljuq, ia berpecah kepada beberapa negeri-negeri kecil. Bahagian yang paling penting ialah Ottoman. Ottoman yang terletak di barat Anatolia perlahan-lahan berkembang dengan menakluk kedua belah kawasan sepanjang selat Dardanelles di Asia dan Eropah dan menyatukan semuanya dalam satu empayar yang luas.

No comments:

Post a Comment