Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Monday, November 1, 2010

Cukup-cukuplah Anwar...Elok Berhenti Saja

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.”

Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,”. “Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,”. "zaman Anwar, makin menyusur pergi". “Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.


PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Dan perjuanagn parti tersebut dilihat bersifat peribadi tanpa membawa sebarang pengertian kepada bangsa, agama mahupun negara. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar”. “Maaf atas pandangan ini, saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka lontarkan tidak dipersetujui. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,” kata Asri lagi.

“Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara,” katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi,” katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

“Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.

“Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

“Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

“Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

“Jika Tun Abdullah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula,” katanya.

Dipetik dan disunting dari Bloglistpolitik.