Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, July 31, 2010

Tahukah Anda Bahagian 2

LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

1. Pengisytiharan Darurat
• Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
• Peristiswa ini menggemparkan British
• Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu
• Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu
• Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
• Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam
kegiatan komunis
• Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

2. British Mengharamkan Parti Komunis Malaya & Parti-parti Yang Berhaluan Kiri
• Parti Komunis Malaya diharamkan pada 23 Julai 1948
• Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
• Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
• Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
• Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
• Parti Kebangsaan Melayu Malaya (Parti Komunis Malaya)
• Parti Hizbul Muslimin

3. Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
i. Menambah Anggota Polis & Tentara
• Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
• British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
• Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
• Ditubuhkan di peringkat kampung
• Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
• Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita

4. Kesannya:
• Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
• Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
• Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan &
keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
• Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar
mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
• Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang
menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British

Friday, July 30, 2010

Tahukah Anda Bahagian 1

FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI

Tahukah kita bahawa asas penubuhan sebenar Parti Komunis Malaya ialah untuk menjatuhkan kerajaan British dan mahukan Tanah Melayu dijadikan sebuah Negara Republik Komunis yang sekutu dengan Negara China dan yang pastinya Chin Peng mahukan jawatan Presiden. Walau bagaimanapun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Parti Komunis Malaya telah cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya. Walau bagaimanapun ianya ditentang habis-habisan oleh masyarakat Melayu. Justeru sempena menyambut Hari Pahlawan, marilah sama-sama kita tinjau fakta berikut untuk kita sama-sama memahaminya.

KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS

1. Sejarah Asal Fahaman Komunis:
• Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
• Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
• Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
• Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

2. Apakah Feudal, Imperialis dan Komunis
• Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
• Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
• Komunisme – memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah &
perindustrian

3. Konsep Penyebaran Fahaman Komunis Di Tanah Melayu:
• Di Tanah Melayu ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
• Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
• Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930

4. Kenapa Orang Melayu Tidak Berminat Dengan Fahaman Komunis
• Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
• Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
• Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

5. Penubuhan Parti Komunis Malaya
• Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930
• Tujuan Parti Komunis Malaya – menubuhkan Republik Komunis Malaya
• Parti Komunis Malaya melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
• Kader – anggota baru Parti Komunis Malaya yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
• Parti Komunis Malaya cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
• Tahun 1935 kegiatan Parti Komunis Malaya menjadi semakin agresif

6. Antara kegiatannya:
• Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
• Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
• Parti Komunis Malaya melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British

7. Apakah Buktinya:
• Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
• British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
• Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin Parti Komunis Malaya ditahan

8. Parti Komunis Malaya Semasa Jepun Menguasai Tanah Melayu:
• Parti Komunis Malaya menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
• Anggota Parti Komunis Malaya dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
• Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
• Parti Komunis Malaya membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
• British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

9. Parti Komunis Malaya Selepas Jepun:
• Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
• Parti Komunis Malaya bersetuju bubarkan MPAJA
• Sebaliknya Parti Komunis Malaya tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
• Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang
menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
• Parti Komunis Malaya yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

10. Bukti Keganasan Komunis
• Tahun 1948 beberapa orang wakil Parti Komunis Malaya menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
• Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
• Kesan persidangan – Parti Komunis Malaya menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
• Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
• Parti Komunis Malaya menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
• Antara contohnya ialah:
• Parti Komunis Malaya musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
• Parti Komunis Malaya menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
• Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

Coretan Buat Generasi Baru



Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan Angkatan Tentera Malaysia menghapuskan aktiviti-aktiviti pengganas dan ideologi songsang ini sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1989 masih mampu diingati oleh generasi tua. Kalau dulu kita akan dipertontonkan dengan filem Bukit Kepong, Prebet Lapok serta drama-drama tentang pengganas komunis, ianya tidak lain bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan sejarah hitam negara sebelum menikmati kedamaian yang wujud sekarang. Namun demikian dewasa ini filem-filem sedemikian kurang dihasilkan malah jarang dipaparkan kerana ada yang berpendapat ianya akan memberi kesan negatif terhadap kesatuan rakyat Malaysia kerana menggambarkan kaum Cina sahaja yang bersifat negatif, yakni menjadi petualang negara (komunis). Secara tidak langsung menyebabkan generasi muda mula lupa dan menganggap ia 'perkara kecil dan remeh' dan perlu dimaafkan. Hanya mereka yang melibatkan diri dalam angkatan tentera sahaja yang akan disedarkan dengan sejarah sebegini, itupun hanyalah sekadar mendengar cerita dari penglipur-penglipur yang bakal bergelar pesara.

Walau bagaimanapun, bagi generasi yang lahir di era 1950-1970-an, kisah keganasan komunis di Tanah Melayu yang membawa kepada kehidupan dalam keadaan darurat sudah sebati dalam minda dan sukar dilupakan. Amat sukar untuk mereka menerima mana-mana individu yang dikaitkan dengan komunis. Walaupun ada bekas ahli Parti Komunis Malaya yang mendabik dada mengatakan mereka juga adalah pejuang kemerdekaan, tetapi tidak perlu kita bertegang leher atau bertekak untuk mengutarakan sebaliknya. Sejarah telah membuktikan siapa pejuang siapa petualang.

Namun demikian, agak menyedihkan apabila wujud generasi baru yang buta sejarah. Ini dapat kita perhatikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dimana wujud beberapa individu dilihat seolah-olah hilang pedoman dan kata-kata untuk memikat penyokong yang telah beralih 'kasih'. Bertindak untuk membawa pulang pertualang nombor satu negara sekaligus menghiris hati dan perasaan ashkar-ashkar tua yang bermandi darah di medan perang. Apakah motifnya berjuang untuk orang yang telah tewas dalam perjuangannya. Mengapa tidak berjuang untuk membela rakyat Malaysia yang patut dibela dengan sewajarnya.

Keresahan bertambah apabila dewasa ini wujud ideologi sesat yang dipelopori Karl Marx melalui blog-blog yang pro-komunis, mereka menjustifikasikan perjuangan komunis sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan. Bagi kami generasi muda, jasa pejuang yang gugur di dalam Peristiwa Bukit Kepong dan pengorbanan ashkar-ashkar Melayu melawan komunis perlu dihargai kerana tanpa pengorbanan mereka kita tidak mampu untuk hidup seperti sekarang. Darah, nyawa dan jasad mereka yang gugur diperbatasan tidak mampu kita bayar dengan wang ringgit.

Bulan Ogos merupakan bulan keramat bagi kita rakyat Malaysia. Marilah kita sambut bulan kemerdekaan ini dengan satu semangat Kekalkan Kedamaian. Janganlah kita robohkan kesejahteraan yang telah kita kwecapi selama ini hasil titik peluh dan pengorbanan mereka yang terdahulu. Hargailah jasa dan pengorbanan para perajurit negara.

Thursday, July 29, 2010

Renunglah Sejarah Dan Jadikannya Iktibar


Negara Malaysia yang kita lihat sebagai aman dan makmur ini pernah disuatu ketika dahulu melalui zaman hitamnya yang tersendiri. Kemanisan serta kesenangan yang kita raih hari ini adalah hasil dari kepahitan serta keperitan hidup generasi lampau. Bermula dari tahun 1511 hinggalah ke tahun 1957, diikuti pula dengan darurat menentang komunis sehingga ke tahun 1989. Berbagai azab dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh, hidup sering dihimpit ketakutan. Walau bagaimanapun hasil dari usaha dan kegigihan para pemimpin lampau, alhamdulillah, Malaysia akhirnya berjaya meletakkan dirinya separa dengan negara-negara maju di dunia. Walaupun Malaysia masih dianggap sebagai Third world Country, namun secara logiknya kita telah keluar dari kelompok tersebut. Pelbagai usaha dilakukan antaranya menghasilkan kenderaan buatan sendiri, menyediakan infrastruktur modern sebagaimana dimiliki negara-negara maju, meningkatkan eksport negara, mengetuai kumpulan-kumpulan penting seperti OIC, ASEAN dan sebagainya, Konsep Satu Malaysia dan pelbagai lagi usaha-usaha murni yang diambil oleh pihak kerajaan.

Pun begitu, dewasa ini kita perhatikan, landskap politik negara kita telah mula berubah. Jikalau dahulu kehadiran kumpulan-kumpulan politik seperti UMNO, PAS, MCA, MIC dan DAP yang sering dikatakan menggawatkan suasana politik tanah air, namun realitinya ianya tidak ubah umpama kecoh pasar malam sahaja. Apa jua isu yang dibangkitkan adalah demi kebaikan pentadbiran negara dan kesenangan rakyat jelata. Namun demikian kehadiran Parti Keadilan Rakyat telah mengubah segala-galanya. Kecoh pasar malam tidak lagi wujud, pergolakan politik negara mula berkelakuan liar dan melampaui norma peradaban manusia. Landskap politik Malaysia dilihat tidak ubah seperti kekalutan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan Kashmir.

Kita bukanlah hendak memfitnah mahupun menuduh mana pihak dalam aspek ini, akan tetapi kalau kita kaji dan selidik secara mendalam, punca negara dijajah dan menarik campurtangan pihak asing adalah berpunca dari kegawatan dan kekalutan yang berlaku di dalam negara kita sendiri. Sikap manusia yang tidak mahu mengalah, pergaduhan antara kaum, hidup berpuak-puak dan kerakusan dalam merebut kuasa adalah punca segalanya. Kita harus toleh kebelakang sejenak, merenung sejarah lampau negara untuk kita jadikan iktibar. Bukan semua perkara boleh ditolak ansur jika perkara tersebut mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman negara sekaligus menyebabkan luka yang lama berdarah kembali. Parut luka yang lama sudah sembuh. Justeru, jangan kerana kerakusan dalam merebut kuasa, kita mudah saja melupakan Sejarah Hitam kita. Renunglah semula Sejarah Perang Larut, Sejarah Kejatuhan Pulau Pinang dan Singapura ke tangan Inggeris dan Krisis Gee Hin dan Hai San.

Sejarah Tidak Pernah Menipu Dan Melupakan Kita, Namun Kitalah Yang Sering Menipu Dan Melupakan Sejarah. Renunglah Sejarah Dan Jadikannya Sebagai Iktibar.

Wednesday, July 28, 2010

Kebanjiran Warga Asing di Malaysia



Kalau kita berjalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di KLCC, Jalan Masjid India, Jalan TAR, Chow Kit, Petaling Street, kita pasti akan terasa seolah-olah kita berada disebuah lain. Macam tak percaya pula kita rupanya ada kat Malaysia, apa tidaknya kalau asyik terserempak dengan warga mat-mat Indon, Bangla, Nepal, Myanmar, Vietnam, Kemboja, India, China dan Negro. Bila kita tanya apa yang dia buat kat Malaysia ni, semua cakap belajar, jadi student...nak buat camana kalau dah *tuut* kita yang membenarkan mereka datang belajar. ..Ya tak? Walaupun yang sebenarnya kita tahu mereka ni bukannya datang nak belajar pon, yang penting Sasaran Tahunan tercapai, bila ditanya Lembaga Audit (nak renew lesen ISO) bolehlah kita cerita yang dah berpuluh juta Pendatang Haram (HARAM) masuk dan mencapai sasaran Jabatan *tuut*. Sesuai dengan slogan Malaysia Truly Asia katakan, menggambarkan Malaysia sebagai negara yang multiracial dan multicultural. Kalau kita nak tengok berapa ramainya mereka ni, kita tunggu masa cuti-cuti perayaan, bilamana warga asal Malaysia pergi bercuti, confirm yang ada kat Kuala Lumpur hanyalah HARAM ni. Mereka akan memenuhi di setiap sudut yang ada.


Kebanjiran mereka boleh mengancam keselamatan penduduk tempatan malah juga keselamatan negara. Mereka juga menjadi punca kepada peningkatan kes-kes jenayah dan gejala sosial. Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita dengar kejadian rompakan, pecah rumah, kecurian dan penipuan yang membabitkan warga asing. Tak cukup dengan kejadian sebegitu, kini imej Malaysia di mata dunia mungkin terjejas teruk apabila Malaysia mula dikaitkan sebagai pusat sindiket antarabangsa seperti penyeludupan manusia, pemalsuan dokumen dan pengedaran dadah. Kemasukan warga asing seharusnya dihentikan, jangan benarkan mereka masuk langsung. Ini tidak, main tangkap muat saja.


Yang paling peliknya, jabatan-jabatan yang berkaitan seperti *tuut* dan Penguatkuasa *tuut* macam tak ambil peduli saja. Pernah satu malam waktu saya bersiar-siar dengan seorang kawan di Bukit Bintang, saya nampak sekumpulan Penguatkuasa *tuut* sedang membuat rondaan, dan confirm mereka tahu yang peniaga tersebut semuanya HARAM, tapi mereka buat macam tak nampak saja, dah burpppp katakan. Yang kecewanya bila orang Melayu Jati Asli bukak warong, cepat-cepat mereka pergi kejar dan siap bagi resit saman lagi...Dah terbalik kot pulakdah. Itulah silapnya, Geng Melayu patutnya janganlah sampai perut Penguatkuasa *tuut* tu berkeroncong, kasi kenyang sikit...


Entahlah, kita bukannya nak mengata atau nak menuduh sesiapa, tapi memang pelik dengan apa yang berlaku kat Malaysia. Masa saya pergi UK dan Australia, bilamana kita sampai kat Imigresen diaorang, punyalah panjang lebar ditanya, berbagai borang kena isi dan kena nyatakan sapa contact kita, barulah boleh masuk, tak ada pon kata “Wellcome to UK atau to Australia”. Tapi bila balik ke Malaysia sampai kat kaunter *tuut*, saya tengok tak ada tanya apa pun, siap bagi Wellcome lagi. Malaysia Boleh katakan !!!

Tuesday, July 27, 2010

Anak Yatim Piatu


Setiap insan yang dilahirkan kedunia mahukan kesempurnaan baik dari segi lahiriah mahupun batiniah. Pun begitu kekuasaan Allah Subha Nahuwataala tiada siapa yang dapat menduga. Setiap kejadian itu pasti bersebab dan apa yang ingin saya bincangkan disini ialah perihal insan malang yang tidak pernah merasai kasih sayang ibu dan ayah. Insan yang bergelar Yatim-Piatu. Terdapat berbagai ayat yang menceritakan perihal anak-anak yatim-piatu dan salah satu darinya ialah menerusi Surah Al Maun Ayat 1 – 3 befirman:

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Yaitu orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.”

Jika dipantau secara teliti, terdapat berbagai kategori anak-anak yatim-piatu di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menyentuh kategori tersebut kerana ianya agak sensitif. Walau apa pun alasannya, walau apa pun kategori mereka, yang pentingnya mereka adalah makhluk ciptaan Allah Subha Nahuwataala. Insan yang lahir sama seperti manusia lain dan berhak memperolhi apa jua yang dimiliki oleh kanak-kanak lain. Mereka tidak pinta untuk dilahirkan ke dunia.

Saya agak terkilan kerana rata-rata kita ketahui golongan Istimewa ini sering dikatakan mendapat insentif istimewa dari pemerintah serta pihak-pihak tertentu sebagaimana yang diwar-warkan melalui media cetak mahupun elektronik. Walau bagaimanapun agak memushkilkan apabila saya lihat disekitar bandar-bandar masih banyak, golongan anak-anak yatim-piatu yang berpersatuan meminta sedekah dan memohon derma rayuan!!!! Apa semua ni!!!

Kalau kita sanggup bergolok-bergadai menyedekahkan puluhan juta untuk Hulu Selangor..untuk Sibu..dan yang terkini beberapa hektar tanah diberikan secara percuma untuk sekola-sekolah Cina di Perak dengan alasan “kesian mereka..mereka tak cukup duit nak makan..tak cukup duit nak tampung perbelanjaan sekolah”..so kenapa tak buat perkara yang sama dengan pertubuhan anak-anak yatim-piatu di Malaysia ni.. Yang menyedihkan lagi ialah apabila terdapat beberapa pihak yang mengeksploitasi golongan anak-anak yatim-piatu yang teraniaya ini untuk mengisis kantong poket mereka sendiri.

Cukuplah!!! Kasihanilah mereka, cuba letakkan diri kita ditempat mereka atau cuba andaikan anak-anak kita jadi mereka disebabkan ketiadaan kita. Berilah mereka peluang hidup bahagia dan sempurna sebagaimana yang diperlehi oleh kanak-kanak lain. Cuba kita renungi lirik lagu berikut:


P. Ramlee / S Sudarmaji


Tolonglah Kami


Tolong kami bantu kami

Anak-anak yatim piatu

Hidup kami dalam dunia

Tak berbapa tak beribu


Aduhai insan-insani tolonglah kami

Allah akan beri rahmat

Dari dunia ke akhirat


Tolong kami bantu kami

Anak-anak yatim piatu

Kalau tuan hati mulia

Bantu kami yatim piatu

Agar dapat kami rasa

Nikmat hidup di dunia


Seperti anak yang punya ibu dan bapa

Allah tidak akan lupa

Pada orang yang menderma

Kalau tuan hati mulia

Bantu kami dengan rela

Monday, July 26, 2010

Well Done Lah Malaysia

FDI Crashing Because Ininvestors Lost Faith

A lack of confidence in Malaysia’s economy has driven foreign direct investment (FDI) to our neighbours, leaving the once-roaring “Asian tiger” to compete with Indochina countries. The World Foreign Investment Report (WIR) 2010 released by the United Nations showed that FDI in Malaysia plunged 81 per cent last year, trailing behind countries like the Philippines, Vietnam, Thailand, Indonesia and Singapore. “For the first time ever in history, Malaysia attracted less investment than the Philippines” says the analyst. The analyst pointed out that Malaysia was the only Asean country to experience negative FDI flow in 2009. The Philippines attracted US$1.95 billion (RM6.24 billion) in FDI compared to Malaysia’s US$1.38 billion, while Singapore raked in the most — more than US$16 billion. “Among Southeast Asian nations, we are now only attracting more FDI than Cambodia, Myanmar, Brunei, Laos and Timor-Leste. What was previously unimaginable, that we may one day be compared to countries such as Cambodia and Myanmar, is now a real possibility,” he added. He also pointing out that those countries had also attracted less than US$2 billion in FDIs last year. Prime Minister’s has been trying to lift Malaysia’s profile as a destination for foreign investment to help the country achieve an average gross domestic product (GDP) growth of at least six per cent per annum over the next five years. But Malaysia’s FDI rates have fallen faster than other regional players like Singapore and China, and at the same time capital outflows have dampened private domestic investments. PM’s administration has also warned that the economy may slow down in the second half of the year due to external factors but have insisted that a six per cent growth was still achievable.

The analyst also said that Malaysia had suffered the biggest decline of FDI in Southeast Asia from 2008 till 2009. “The government cannot use the excuse of the (global financial) crisis as the reason for the precipitous drop in FDI as we have performed the worst compared to all other countries big and small in the region,” he said. Data revealed that Malaysia suffered a large 81.1 per cent drop in FDIs compared to far healthier figures in Thailand (30.4 per cent), Vietnam (44.1 per cent) and Indonesia (44.7 per cent). However, Singapore, Brunei, Philippines and Myanmar still managed to register positive growth, the analyst who is the economist expert, pointed out that Malaysia was the sole Southeast Asian nation to have registered a net negative FDI flow last year. PM’s was criticised for stalling on the NEM. “Malaysia was the only country where our outflow of FDI amounting to US$8.04 billion is substantially greater than the FDI of US$1.38 billion received. Not only are foreign investors unwilling to invest in Malaysia, our own local investors as well as foreign investors who are already in the country have a total lack of confidence in the ability of our economy to generate an attractive return to their investments,” he added.

He pointed out that Malaysia’s net FDI flows have declined from US$2.56 billion in 2004 and US$1.09 billion (2005), to a net negative US$0.02 billion (2006), negative US$2.7 billion (2007) and negative US$7.67 billion in 2008. “Despite PM repeatedly insisting that the era where ‘the government knows best’ is over, his administration continues to crowd out private investments by directly awarding mega-projects to government-linked entities, such as the Sungai Buloh land to an Employee Provident Fund joint venture with the government, or the Sungai Besi airport redevelopment, to the 1 Malaysia Development Fund,” he said. “Without these necessary and critical changes to the government’s economic policies, the Malaysian economy will only continue to drift away from the radar of both local and foreign investors,” he added. The analyst went on to criticise PM for not moving ahead with his New Economic Model, pointing out the prime minister had been forced to call it a “trial balloon” after a sour reaction from some Malay groups.

Peranga Serupo Berok



Nak-nak kali bilo kito baco surak koba, wojik kito ake jupo denga cerito pasa orghe tohok anok. Ambo hok bodo ni gak raso pelik sunggoh..ho la..kito orghe hok bodo ni kalu ado anok kito koho suko, biar rama beriok pon tak po...mugo Tuhe kato doh..anok itu amanoh Alloh, setiak kelahiran anok tu doh di tulih doh rezeki dio...gak nok rusing gapo dio nyo.

Ahh..ni tidok..dio raso dio cerdik tu gak.. dio gi tohok anok, ikok sedak dio..raso nok tohok dale cha dio tohok dale cha..raso nok tohok dale jambe dio tohok dale jambe...hok bijok sekali jenih tohok dale tong sapoh...cerdik korok kering dio..baso peranga hudoh..nih la orghe kato Peranga Serupo Berok..pasa apo ambo kato peranga serupo nga berok sebak berok ni dio jenih kekoh tue...

Jadi maah la adik-kakok kalu ambo kechek kasa sikek dale blog ambo kali ni...buke nok jadi kure ajar..buke nok tunjuk handale...tapi raso kecewo sangak ambo denge apo hok berlaku lo ni nih. Dio sekalo pesen hok tohok anok ni wojik jenih beranok tak dok pok, kalu pok ado pon jenih tok tahu nok boh bin/binti gapo, mugo jenih kongsi rama-rama tu gak...

Jadi ni lah ambo nok ukit sikik cerito, kalu ore royak kato anok kito jahak, anok kito gelenya, anok kito jenih rhokrhak, ehhhh kito kato dok..anok kito baik, kito panda jago anok..ayak hok beso kito denga sokmo-sokmo “toksoh dok caro ha orghe weiii...caro ha kito sudoh la” kalu hok sedak lagi “ikok kawe kuba kawe”...hahhhh yak bergheng dio..ni jenih mok pok peranga bewok keturune kakoh.

Tulong la adik-kakok weiii..tulong la jago anok kito molek, jange dok wi tubik tok tentu kalu, jange dok wi saing nga budok-budok hok jenih prahak ni..kalu orghe royak berito “radio karat” tu kito keno denga jugok, siasak betul, kalu jolo..gode bui anok kito, bukenyo kito beci ko dio tapi sebak kito saye ko dio. Jange sapa orghe kato kito ni Peranga Serupo Berok.

Sunday, July 25, 2010

Joke Of The Day

Great Advice To Pass On To Your Daughters

1. Don't imagine you can change a man - unless he's in diapers.
2. What do you do if your boyfriend walks-out? You shut the door.
3. If they put a man on the moon - they should be able to put them all up there.
4. Never let your man's mind wander - it's too little to be out alone.
5. Go for younger men. You might as well - they never mature anyway.
6. Men are all the same - they just have different faces, so that you can tell them apart.
7. Definition of a bachelor; a man who has missed the opportunity to make some woman miserable.
8. Women don't make fools of men - most of them are the do-it-yourself types.
9. Best way to get a man to do something, is to suggest they are too old for it.
10. Love is blind, but marriage is a real eye-opener.
11. If you want a committed man, look in a mental hospital.
12. The children of Israel wandered around the desert for 40 years. Even in biblical times, men wouldn't ask for directions.
13. If he asks what sort of books you're interested in, tell him checkbooks.
14. Remember a sense of humor does not mean that you tell him jokes, it means that you laugh at his.
15. Sadly, all men are created equal...

Sejarah Kegemilangan Islam Bahagian Akhir

Islam Di Andalusia

Islam telah tiba ke Andalusia (Sepanyol) pada tahun 710 M apabila Tariq bin Malik, seorang pegawai Berber melintasi selat yang memisahkan antara Afrika dan Eropah. Tidak kurang daripada satu tahun selepas itu,seramai 7000 orang telah dipimpin oleh Thariq bin Ziyad mendarat di Gibraltar (Jabal Tariq atau gunung Tariq). Sebahagian besar semenanjung Iberian telah ditakluki oleh orang Islam pada tahun 718 M. Terdapat pertentangan dengan pemerintahan Kristian Visagoth dan rajanya, Roderick. Pada tahun 755, Abdurrahman dari Bani Umayyah, Damascus telah sampai ke Sepanyol selepas Bani Ummayyah digulingkan oleh Bani Abbasiyyah. Baginda dikenali sebagai Abdurrahman Ad-Dakhil yang telah membina masjid Cordoba. Zaman khalifah tersebut telah bertahan sehingga tahun 912 M.

Umat Islam pada zaman itu telah memerintah kawasan jajahan dengan penuh sikap toleransi walaupun terhadap penduduk Kristian dan Yahudi. Oleh sebab itu, ramai di kalangan mereka telah tertarik dengan Islam. Orang-orang Islam juga telah membangunkan Cordoba sebagai satu bandar yang tercanggih di Eropah dengan populasi mencecah 500000 penduduk. Terdapat 700 masjid, sebuah universiti dan 70 perpustakaan yang mengandungi 500000 manuskrip. Mereka menggaji kakitangan dari kalangan penyelidik, juruhias cetakan dan penjilid buku. Mereka telah mengembangkan ilmu sains, falsafah dan kesenian. Ramai yang telah datang dari seluruh pelosok Eropah untuk menimba pelbagai cabang ilmu di sana.

Islam di Andalusia telah melahirkan beberapa tokoh yang terkenal seperti ahli falsafah Ibnu Rushd, pakar matematik, al-Zarqali dan al-Bitruji, ahli fizik, Ibnu Zuhr dan ramai lagi.
Kebanyakan sumbangan ilmuan Islam dari segi sains, dibangunkan dalam bidang perubatan. Al-Zahrawi adalah salah seorang ahli sains yang menghasilkan penemuan tentang anatomi dan pembedahan. Kajiannya telah menjadi rujukan utama sekolah perubatan di Eropah pada pertengahan abad tersebut. Ibn al-Nafis telah menemui sistem peredaran darah manusia. Mereka juga telah membuat penambahan yang besar terhadap kajian tubuh badan manusia dari Greek. Hasil kerja Ibn Baitar tentang tumbuhan herba pula dijadikan rujukan di Sepanyol dan Afrika Utara. Cordoba menjadi bandar metropolitan dengan kilang-kilang dan bengkel-bengkel. Di sana juga telah wujud lampu jalan dan banyak bangunan dengan senibina unik seperti masjid.

Pada abad ke-11, orang-orang Kristian mula bangkit dan merancang untuk menentang pemerintah dan orang-orang Islam. Mereka menyerang untuk mengambil semula Toledo dengan pimpinan Alfonso VI. Tempoh waktu tersebut dikenali sebagai Taklukan Semula (Reconquest) dan banyak kerajaan Kristian mula menunjukkan penentangan yang serius. Dua kota utama iaitu Cordova dan Seville jatuh pada tahun 1238 dan 1248. Kerajaan Granada telah mengurangkan kawasan jajahan Islam di Sepanyol. Lebih daripada dua setengah abad, kerajaan Islam bertahan dan makmur di Sepanyol. Akhirnya pada Januari 1492, Ferdinand atau Aragon dan Isabella dari Castile telah menakluk kerajaan Islam terakhir di Sepanyol iaitu Alhambra dan Boadbil, selepas mereka berkahwin dan menggabungkan kerajaan-kerajaan mereka.