Negara Malaysia yang kita lihat sebagai aman dan makmur ini pernah disuatu ketika dahulu melalui zaman hitamnya yang tersendiri. Kemanisan serta kesenangan yang kita raih hari ini adalah hasil dari kepahitan serta keperitan hidup generasi lampau. Bermula dari tahun 1511 hinggalah ke tahun 1957, diikuti pula dengan darurat menentang komunis sehingga ke tahun 1989. Berbagai azab dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh, hidup sering dihimpit ketakutan. Walau bagaimanapun hasil dari usaha dan kegigihan para pemimpin lampau, alhamdulillah, Malaysia akhirnya berjaya meletakkan dirinya separa dengan negara-negara maju di dunia. Walaupun Malaysia masih dianggap sebagai Third world Country, namun secara logiknya kita telah keluar dari kelompok tersebut. Pelbagai usaha dilakukan antaranya menghasilkan kenderaan buatan sendiri, menyediakan infrastruktur modern sebagaimana dimiliki negara-negara maju, meningkatkan eksport negara, mengetuai kumpulan-kumpulan penting seperti OIC, ASEAN dan sebagainya, Konsep Satu Malaysia dan pelbagai lagi usaha-usaha murni yang diambil oleh pihak kerajaan.
Pun begitu, dewasa ini kita perhatikan, landskap politik negara kita telah mula berubah. Jikalau dahulu kehadiran kumpulan-kumpulan politik seperti UMNO, PAS, MCA, MIC dan DAP yang sering dikatakan menggawatkan suasana politik tanah air, namun realitinya ianya tidak ubah umpama kecoh pasar malam sahaja. Apa jua isu yang dibangkitkan adalah demi kebaikan pentadbiran negara dan kesenangan rakyat jelata. Namun demikian kehadiran Parti Keadilan Rakyat telah mengubah segala-galanya. Kecoh pasar malam tidak lagi wujud, pergolakan politik negara mula berkelakuan liar dan melampaui norma peradaban manusia. Landskap politik Malaysia dilihat tidak ubah seperti kekalutan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan Kashmir.
Kita bukanlah hendak memfitnah mahupun menuduh mana pihak dalam aspek ini, akan tetapi kalau kita kaji dan selidik secara mendalam, punca negara dijajah dan menarik campurtangan pihak asing adalah berpunca dari kegawatan dan kekalutan yang berlaku di dalam negara kita sendiri. Sikap manusia yang tidak mahu mengalah, pergaduhan antara kaum, hidup berpuak-puak dan kerakusan dalam merebut kuasa adalah punca segalanya. Kita harus toleh kebelakang sejenak, merenung sejarah lampau negara untuk kita jadikan iktibar. Bukan semua perkara boleh ditolak ansur jika perkara tersebut mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman negara sekaligus menyebabkan luka yang lama berdarah kembali. Parut luka yang lama sudah sembuh. Justeru, jangan kerana kerakusan dalam merebut kuasa, kita mudah saja melupakan Sejarah Hitam kita. Renunglah semula Sejarah Perang Larut, Sejarah Kejatuhan Pulau Pinang dan Singapura ke tangan Inggeris dan Krisis Gee Hin dan Hai San.
Sejarah Tidak Pernah Menipu Dan Melupakan Kita, Namun Kitalah Yang Sering Menipu Dan Melupakan Sejarah. Renunglah Sejarah Dan Jadikannya Sebagai Iktibar.

No comments:
Post a Comment