Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, July 31, 2010

Tahukah Anda Bahagian 2

LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

1. Pengisytiharan Darurat
• Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
• Peristiswa ini menggemparkan British
• Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu
• Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu
• Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
• Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam
kegiatan komunis
• Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

2. British Mengharamkan Parti Komunis Malaya & Parti-parti Yang Berhaluan Kiri
• Parti Komunis Malaya diharamkan pada 23 Julai 1948
• Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
• Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
• Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
• Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
• Parti Kebangsaan Melayu Malaya (Parti Komunis Malaya)
• Parti Hizbul Muslimin

3. Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
i. Menambah Anggota Polis & Tentara
• Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
• British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
• Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
• Ditubuhkan di peringkat kampung
• Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
• Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita

4. Kesannya:
• Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
• Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
• Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan &
keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
• Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar
mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
• Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang
menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British

No comments:

Post a Comment