FAKTA YANG PERLU KITA KETAHUI
Tahukah kita bahawa asas penubuhan sebenar Parti Komunis Malaya ialah untuk menjatuhkan kerajaan British dan mahukan Tanah Melayu dijadikan sebuah Negara Republik Komunis yang sekutu dengan Negara China dan yang pastinya Chin Peng mahukan jawatan Presiden. Walau bagaimanapun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Parti Komunis Malaya telah cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya. Walau bagaimanapun ianya ditentang habis-habisan oleh masyarakat Melayu. Justeru sempena menyambut Hari Pahlawan, marilah sama-sama kita tinjau fakta berikut untuk kita sama-sama memahaminya.
KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS
1. Sejarah Asal Fahaman Komunis:
• Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
• Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
• Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
• Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China
2. Apakah Feudal, Imperialis dan Komunis
• Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
• Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
• Komunisme – memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah &
perindustrian
3. Konsep Penyebaran Fahaman Komunis Di Tanah Melayu:
• Di Tanah Melayu ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
• Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
• Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
4. Kenapa Orang Melayu Tidak Berminat Dengan Fahaman Komunis
• Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
• Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
• Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat
5. Penubuhan Parti Komunis Malaya
• Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930
• Tujuan Parti Komunis Malaya – menubuhkan Republik Komunis Malaya
• Parti Komunis Malaya melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
• Kader – anggota baru Parti Komunis Malaya yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
• Parti Komunis Malaya cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
• Tahun 1935 kegiatan Parti Komunis Malaya menjadi semakin agresif
6. Antara kegiatannya:
• Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
• Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
• Parti Komunis Malaya melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
7. Apakah Buktinya:
• Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
• British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
• Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin Parti Komunis Malaya ditahan
8. Parti Komunis Malaya Semasa Jepun Menguasai Tanah Melayu:
• Parti Komunis Malaya menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
• Anggota Parti Komunis Malaya dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
• Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
• Parti Komunis Malaya membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
• British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136
9. Parti Komunis Malaya Selepas Jepun:
• Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
• Parti Komunis Malaya bersetuju bubarkan MPAJA
• Sebaliknya Parti Komunis Malaya tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
• Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang
menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
• Parti Komunis Malaya yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik
10. Bukti Keganasan Komunis
• Tahun 1948 beberapa orang wakil Parti Komunis Malaya menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
• Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
• Kesan persidangan – Parti Komunis Malaya menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
• Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
• Parti Komunis Malaya menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
• Antara contohnya ialah:
• Parti Komunis Malaya musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
• Parti Komunis Malaya menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
• Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
No comments:
Post a Comment