Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, September 4, 2010

Fahamkah Kita Apa Itu Rukun Negara


Sejak akhir-akhir ini kita pasti akan mendengar lagu-lagu yang menyentuh Rukun Negara akan berkumandang melalui copong-copong radio, televisyen dan lain-laib media elektronik. Mula-mula dengar rasa janggal jugak tapi kalau difikir secara waras, sememangnya Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia (tak termasuk Pendatang Tanpa Izin yang cuba nak dapatkan status PR). Namun tahukah kita apakah rukun negara itu sebenarnya?Apabila pertanyaan tersebut diajukan jawapan yang pasti kita dapat ialah “rukun negara ada lima perkara”. Baguslah at least mereka tahu daripada tak tahu langsung.

Kalau kita kaji secara mendalam, Rukun Negara bukanlah setakat merujuk kepada lima teras seperti yang dinyanyikan itu atau seperti yang ditunjukkan melalui media elektronik sahaja. Lima perkara yang kita sebutkan itu adalah prinsip-prinsipnya sahaja dan Rukun Negaera sebenarnya merupakan satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Latar Belakang

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Rukun Negara adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakuran negara Malaysia. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu – perbalahan antara etnik pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN).

Objektif Rukun Negara

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut:-
· Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
· Untuk memelihara cara hidup demokratik
· Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama
· Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; dan
· Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

· Kepercayaan kepada tuhan
· Kesetiaan kepada raja dan negara
· Keluhuran perlembagaan
· Kedaulatan undang-undang
· Kesopanan dan kesusilaan

Strategi Mencapai Objektif Rukun Negara

· Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara / Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada tahun
1971
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam program agensi-agensi kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi
pengajian tinggi
· Menyebatikan prinsip-prinsip rukun negara ke dalam peraturan pertubuhan dan dan ikrar
rasmi; dan
· Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974.

Friday, September 3, 2010

Erti Sambutan Bulan Kemerdekaan



Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan yang Ke-53 pada tahun ini sekali lagi disambut dalam bulan Ramadan yang mulia sama seperti beberapa tahun sejak kebelakangan ini. Seperti biasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang di Kangar secara besar-besaran akan dilakukan dan bagi sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 tema yang diberikan ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Sambutan bulan kemerdekaan seumpama ini telahpun menjadi tradisi di negara kita setiap tahun demi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Ironinya pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dilaksanakan selang sehari selepas sambutan Hari Pahlawan iaitu pada 31 Julai. Kedua-dua peristiwa ini dilihat mempunyai nilai signifikan dan hubungkait yang cukup kuat dan erat. Pengorbanan wira-wira negara, para pejuang bangsa dan bekas perajurit yang berjuang tanpa mengenal erti takut dan putus asa akhirnya telah menjelmakan kebebasan yang mutlak kepada negara kita dari penjajah. Tanpa mereka tidak mungkin kita akan mengecapi nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang ada pada hari ini. Jasa dan sumbangan mereka bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja malah ianya adalah terlalu besar dari segi nilai dan harganya kepada generasi yang ada pada hari ini.



Justeru segala pengorbanan mereka tidak boleh disia-siakan begitu sahaja, adakah selama ini kita benar-benar ikhlas menyanjung segala pengorbanan wira-wira negara tersebut. Dalam konteks ini dua perkara yang sering menjadi persoalan utama ialah aspek keikhlasan dan penghayatan dalam kita menyambut sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang yang diadakan setiap tahun sebagai memperingati detik sejarah negara ini yang terlakar hasil pengorbanan para wira negara. Ini kerana keihklasan kita dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan boleh dilihat sebagai hadiah terbaik kepada semua pejuang kemerdekaan tanahair. Terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan tanda penghargaan kepada para pejuang serta membuktikan bahawa kita menghargai nilai kemerdekaan yang diwariskan kepada seperti dengan menzahirkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang dengan penuh ikhlas serta penghayatan yang mendalam. Setidak-tidaknya kita dapat membalas segala jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan tanahaiar kerana bagi pejuang –pejuang bangsa, bendera melambangkan kekuatan mereka.


Walau bagaimanapun dewasa ini kita perhatikan kemeriahan Sambutan hari Kemerdekaan cukup mendukacitakan. Adakah ini cara masyarakat pasca kemerdekaan menzahirkan erti kemerdekaan. Kita boleh lihat betapa kecilnya premis kerajaan mahupun organisasi korporat yang mengibarkan Jalur Gemilang. Jumlah kenderaan yang memasang Jalur Gemilang juga dilihat tidak begitu memberangsangkan. Malah kebanyakkan daripada kita hanya akan memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing apabila ianya diberikan secara percuma. Tidak ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli Jalur Gemilang sendiri walaupun kosnya cukup rendah dan murah kalau dibandingkan dengan nilai darah dan nyawa yang terkorban dalam menegakkan bendera kebanggaan kita tersebut.

Thursday, September 2, 2010

Wee Meng Chee @ Namewee Kurang Ajar,Penghinaan Terhadap Orang Melayu!!!

Si Bangsat macam ni patut diletakkan dalam ISA sahaja, bagi dia rasa sikit. Apa yang dia buat ni sebenarnya dah keterlaluan, tak boleh dimaafkan lagidah. Tapi yang aku tak faham sangat ialah kenapa bila ada saja rakyat Malaysia yang ada tiga nama, tobat tak akan masuk ISA, tapi kalau nama ada bin ke binti ke wajib masuk punya. Ingat Bro..ni nak mengundi tak lama lagi ni, jangan dok cari pasal sangat..jangan dok puja sangat 3 nama ni. Aku bukannya nak jadi racist, tapi keadaan memang menampakkan apa yang sedang berlaku. Ni lah masalahnya bila kera di hutan disusukan, anak sendiri mati minum tuba cap tengkorak…..mamposssss

Apahal pun aku menyokong sesangat saranan Puteri UMNO agar si baghal ni didilucut kerakyatannya, suruh dia pilijh kerakyatan baru di negara lain yang dia rasa bagus, Si Bangsat ni dah konfirm menunjukkan sikap kurang hajar dia, tak ada tanggungjawab pada negara sendiri...tapi knowing kerajaan sekarang ni setakat sembang kedai kopi sajalah, cakap berdekah-dekah tapi haram satu hapa pon tak ada tindakan. Bila berhadapan dengan geng 3 nama ni selalunya orang Kedah kata “kecut teloq”.


Satu perkara lagi, bila mana saja orang melayu bercakap pasal hak mereka, maka kaum 3 nama akan cakap racist...dan biasalah kerajaan akan terus melenting, tangkap mamat yang ada bin tu masuk ISA...welldone....ingat PRU 13.....jangan dok buat hal sangat...

Wednesday, September 1, 2010

KEBODOHAN YANG TAK DAPAT DIBENDUNG

Kalau aku bercakap orang memang tak suka, tapi realitinya apa yang nak aku katakana ni memang benar dan tidak dapat dinafikan. Coba korang kaji dan faham betul-betul apa yang aku katakan ni:

1. Operasi Memperketatkan Pintu Keluar Masuk Negara Sempena Musim Perayaan - Ni nak kata kategori apa ni? Baghal ke bangang ni..kalau nak buat operasi apa pon diam-diam sajalah. Yang paling pelik sekali apasal nak buat operasi masa si Penyangak Indon, Bangla, India tu nak balik kampong, biarlah depe balik. Kalau betol nak buat operasi masa depe masuk. Periksa betul-betul, tahan, tangkap..bukannya jolok pas tu lepas.

2. Rakyat Indon Bakar Bendera Malaysia – Korang tahu tak, nilai atau maruah sesebuah bendera tu, jejak bumi pon orang tak kasi sebab nak jaga kedaulatannya ni kan pulak kena bakar. Masalahnya Malaysia kononnya nak jaga hubungan bilateral...pergi mamposlah..walaupun yang buat kerja tu kata Presiden Indon adalah Kumpulan Penyangak, tapi itu bukan masalahnya.. masalahnya itu kurang ajar namanya. So kerajaan Malaysia kenalah bijak sikit, hentikan kemasukan bangsa Indon ke Malaysia, perketatkan sempadan negara, kalau tak ada passport jangan kasi masuk, buat tangkapan besar-besaran bagi yang tak ada permit tinggal kat Malaysia.. tak payah pergi jauh, tu kat Dato Keramat, kat Chow Kit, kat Setiawangsa, kat Sentul Pasar, kat Gombak..bersepah Indon. Malangnya penguatkuasa tak mampu nak tangkap, sebab dah burpppp!!!!!

3. Tarian Pendet dan Poco-poco – Ni apa ke jadah punya tarian ntah.. yang aku pelik sekali apalah yang bangga sangat dengan dua tarian ni..Apa Malaysia dah tak ada tarian asli ke..yang dok bangga sangat dengan tarian orang Indon ni apahal. Malulah sikit beb.. Bila orang kata orang Malaysia tak ada identiti..korang marah..tapi hakikatnya korang kena terima..yakinlah bahawa sememang bangsa Melayu Malaysia ni memang kaki peniru..Indon buat pendet ko nak ikut buat pendet, Indon buat poco-poco ko nak buat poco-poco, Orang putih buat RAP korang nak buat RAP, Orang Putih buat Rock engkau pon rock sekali, Orang Jepun reka motorsikal korang pegi buat modified, orang asing jual dadah korang yang hisap, orang Bangla tutuh p****t korang, korang yang terkonyong-konyong bawak perut. Tak ke baghal namanya tu..adik berqadik Lembu Mekah namanya tu.

4. Pelajar Indonesia Di Yogyakarta Mendesak Mahasiswa Perubatan Malaysia Diusir - Menteri Pendidikan Nasional Indon diminta mengeluarkan arahan tidak menerima Mahasiswa Malaysia di negara Indon kerana bimbang mahasiswa Malaysia akan ‘mencuri’ budaya mereka lagi dalam kes tarian pendet dulu...dan yang paling memalukan ialah Malaysia masih terus berdiam diri... Yang paling aku pelik ialah Malaysia siap jemput dengan karpet merah tu Beb untu bawak Indon-Indon masuk Malaysia baik untuk belajar mahupun untuk bekerja sebagai buruh... Apa punya bodoh pon aku tak tahu...

Sebab tu aku cakap KEBODOHAN ORANG MALAYSIA YANG TAK DAPAT DIBENDUNG tu memang tepat.

Tuesday, August 31, 2010

Erti Sebuah Kemerdekaan Bhg.Akhir

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Umat Islam wajib dimerdekakan dari sistem kufur yang membelenggu mereka. Kemerdekaan yang sebenar adalah kembalinya umat Islam ke pangkuan Islam sepenuhnya, keluarnya umat Islam dari mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, kepada sistem ciptaan Tuhan manusia. Keluarnya British dari Tanah Melayu tidak bermaksud yang kita telah merdeka. Secara fizikalnya British memang telah kembali ke negara mereka, tetapi penjajahan yang lebih dahsyat masih lagi berlaku iaitu dari segi pemikiran. Pemikiran umat Islam hari ini masih lagi dijajah. ’Orang’ British telah pergi, tetapi ’cara hidup’ British masih berjalan dan diamalkan. ’Pemimpin’ British telah balik, tetapi pemimpin yang berpemikiran British masih ramai, ’Pemerintah’ British telah tiada, tetapi undang-undang British masih kekal hingga sekarang. Inilah hakikat penjajahan yang masih berlaku di Malaysia di mana sistem kufur British masih lagi ’berkuasa penuh’. Walau tiada seorang pun yang berambut perang dan bermata biru di dalam kabinet Malaysia, namun sistem mereka masih tetap ’diwarisi’ dan digenggam erat. Wahai kaum Muslimin! Kalian perlu merdeka dari seluruh ikatan-ikatan kufur yang mengikat kalian. Ikatan assabiyyah (perkauman), wathaniyyah (patriotisme), liberalisme, sekularisme, pluralisme dan bermacam-macam ’isme’ lain lagi merupakan ikatan-ikatan kufur yang masih membelenggu kalian. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan kalian berpecahbelah dan menjadi semakin lemah, dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh kalian. Dengan itu, mereka boleh membantai Lebanon dengan sesuka hati, menumpahkan darah di Palestin semahu mereka, menyiksa kaum Muslimin di Abu Gharib sesuka hati mereka dan bermacam-macam lagi penganiayaan ke atas umat Islam. Mereka tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pemimpin, hanya akan menjadi penonton kepada kekejaman mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin Indonesia hanya akan berdoa, pemimpin Malaysia hanya akan bersolat hajat, pemimpin Arab hanya akan membisu, pemimpin Pakistan akan bersama mereka, pemimpin Turki hanya sekadar mengecam dan begitulah seterusnya.

Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kalian berpesta menyambut kemerdekaan yang hanyalah merupakan satu pendustaan penjajah sedangkan penderitaan yang menimpa saudara-saudara kalian masih tidak kunjung padam? Sanggupkah kalian bergembira menyaksikan perarakan yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat sedangkan jumlah rakyat yang masih miskin dan menderita seringkali tidak dihiraukan? Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk memelihara rakyat yang menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin? Sanggupkah kalian beristirehat menonton televisyen sempena kemerdekaan sedangkan Allah memerintahkan kalian untuk berjuang menzahirkan agamaNya di muka bumi? Sanggupkah kalian taat dan tunduk patuh kepada sistem kufur yang ada sekarang kerana telah memberi sedikit kenikmatan dunia kepada kalian sedangkan pada waktu yang sama kalian membelakangi kalimat Allah dan RasulNya?

Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian hanya ternanti-nanti munculnya para pejuang kemerdekaan Islam yang sebenarnya. Kita wajib berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti’naful hayatil Islamiyyah) dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan memerdekakan kita. Kita dan saudara-saudara kita di seluruh dunia sesungguhnya benar-benar terdesak memerlukan seorang Khalifah yang akan mempersatukan kita semua di bawah Daulah Islamiyyah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel, yang akan membebaskan Iraq dari cengkaman Amerika, yang akan membebaskan Afganistan dari Amerika, yang akan membebaskan Pakistan dari si pengkhianat Islam, Pervez Musharraf, yang akan membebaskan Uzbekistan dari pembunuh kejam, Islam Karimov dan yang akan memerdekakan seluruh negeri kaum Muslimin yang lainnya dari cengkaman Barat dan kuncu-kuncunya serta sistem-sistemnya. Semoga Allah membuka hati-hati kalian untuk berjuang bersama kami, Hizbut Tahrir (Parti Pembebasan) di dalam usaha untuk membebaskan manusia dan dunia ini dari cengkaman kekufuran menuju rahmat Allah melalui menegakkan kembali Khilafah Rashidah ’ala minhaj nubuwwah. Wallahu a’lam.

Artikel sumbangan Ikhlas Sautun Nahdhah. Sebarang komen boleh dihantar kepada htm@mykhilafah.com atau layari www.mykhilafah.com

Monday, August 30, 2010

Erti Sebuah Kemerdekaan Bhg.3

Siapakah Pejuang Kemerdekaan Sebenar?

Setiap tahun pasti ada segmen samada di televisyen atau akhbar-akhbar tempatan yang menampilkan beberapa orang ’pejuang’ kemerdekaan untuk tatapan generasi yang lahir sesudah merdeka, agar mengenali dan menginsafi kepayahan mendapatkan sebuah kebebasan. Mereka ditemuramah dan diminta menceritakan kisah perjuangan mereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tidak kurang, sejarah beberapa orang tokoh yang telah kecundang turut dikisahkan. Jika dulu kisah-kisah seperti Leftenan Muda Adnan dan Bukit Kepong sering diketengahkan setiap kali menjelang hari kemerdekaan, kini kehangatannya sudah semakin pudar seiring dengan pudarnya semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia khasnya umat Islam mula menyedari bahawa Tanah Melayu sebenarnya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan setitis darah pun. Kemerdekaan yang diperolehi sesungguhnya adalah melalui proses ’rundingan’ yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan pemerintah British ketika itu. Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Tunku Abdul Rahman berulangalik ke kota London untuk ’menagih’ sebuah kemerdekaan yang sememangnya telah dirancang oleh British. Setelah British berpuas hati bahawa segala cara hidup, undangundang dan juga sistem kufur ciptaan mereka akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, maka British dengan senang hati dan bangga ’menghadiahkan’ sebuah kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Wahai kaum Muslimin! Kajilah dengan minda yang jernih dan kalian akan menyedari bahawa sebenarnya Leftenan Muda Adnan adalah seorang askar Melayu yang berjuang mempertahankan Bukit Candu dari serangan Jepun pada 13 Februari 1942 di atas tiket tentera British dan bukannya menentang Jepun untuk mendapat kemerdekaan, tetapi untuk mempertahankan British. Begitu juga dengan peristiwa Bukit Kepong yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan. Kakitangan polis di bawah naungan British pada waktu itu terpaksa berjuang untuk mempertahankan diri masing-masing di Berek Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera dengan kekuatan 200 orang anggota. Peristiwa berdarah ini berlaku pada pukul 5.00 pagi tanggal 23 Februari 1950 dan mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh. Perjuangan mereka ini pada hakikatnya bukanlah untuk kemerdekaan seperti yang disangkakan ramai. Hakikatnya, perjuangan mereka ini adalah mengatas namakan British dan pemerintahannya di Tanah Melayu. Inilah kejayaan British. Mereka berjaya menanamkan konsep bahawa sesiapa sahaja yang menjadi musuh British, maka ia adalah musuh kita. Kita amat membenci Jepun, begitu juga Komunis, tetapi kita amat sayang kepada British, walhal mereka inilah yang memecahbelahkan kita dan menjadi penjajah yang lebih dahulu dan lebih lama menjajah kita daripada Jepun atau Komunis. Berlaksa-laksa emas kita, timah kita, bijih besi kita dan lain-lain sumber alam kita yang mereka rampas, kemudian kita berterima kasih kepada mereka kerana menganugerahkan kita sebuah ’kemerdekaan’!

Tidakkah kita sedar bahawa walaupun penjajahan telah berakhir, namun British masih berjaya meletakkan dirinya sebagai tuan kepada semua negara bekas jajahannya melalui kewujudan negara-negara Commonwealth, yang tak lain tak bukan bertujuan memperingati ’ketuanan’ British suatu waktu dulu. Dalam aspek lain, ternyata ketuanan British sampai sekarang masih ada di hati sebahagian dari umat Islam. Rasa bangga apabila dapat belajar di negeri penjajah masih menebal di kalangan masyarakat. Rasa bangga apabila dapat menguasai bahasa penjajah juga masih berlegar dalam masyarakat. Rasa bangga dengan kemerdekaan yang mereka hadiahkan kepada kita masih sampai sekarang dirasai dan dira’i! Inilah kejayaan British.

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berjaya membuka kota Mekah pada tahun ke-8 Hijriyyah. Rasulullah telah mengeluarkan umat manusia dari kegelapan menuju cahaya. Baginda berjaya membebaskan manusia yang ada di Mekah pada waktu itu yang masih terbelenggu dengan sistem Jahiliyyah dan menggantikannya dengan sistem Islam. Rasulullah dan para sahabat seterusnya berjaya melepaskan satu demi satu negara yang dikongkong dengan penyembahan kepada taghut dan memimpin mereka kepada penyembahan kepada Allah. Khalifah Umar Al Khattab radhiAllahu ’anhu telah membuka kota Baitul Muqaddis, kiblat pertama umat Islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga mulianya di sisi Islam. Sultan Muhammad Al Fatih telah membuka Constantinople (Istanbul) dan Allah telah memberi kemuliaan kepada beliau melalui sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” [HR Ahmad].

Ramai lagi para para pemimpin Islam yang telah melakukan perkara yang sama, samada di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyyah mahupun Uthmaniah. Salahuddin Al-Ayubi, seorang tokoh yang sukar dicari ganti yang telah melancarkan banyak jihad untuk membebaskan
manusia dari kegelapan dan kezaliman pemerintahan kufur menuju pemerintahan Islam. Pembebasan Baitul Muqaddis merupakan sejarah harum yang telah dilakukan oleh beliau. Panglima Islam, Rabi’ bin Amir, di dalam misi jihadnya ke Parsi, dengan tegas dan beraninya menyatakan kepada Rustam, Ketua Panglima perang Parsi, “Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.”

Di sepanjang pemerintahan mereka, para Khalifah Islam tak putus-putus melancarkan jihad dan membuka serta membebaskan manusia daripada belenggu sistem hidup kufur kepada sistem hidup Islam. Tokoh-tokoh inilah yang merupakan pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka membebaskan negara-negara kerana Allah, mereka memerdekakan negara-negara kerana mengikuti Rasulullah dan mereka berjuang demi meninggikan kalimat Allah, bukan berjuang mempertahankan musuh dan sistem kufur. Mereka ini juga bukan merupakan ’pejuang kebangsaan’, tetapi merekalah ’pejuang Islam’ yang dirahmati Allah. Tokoh-tokoh inilah yang sepatutnya dibanggakan dan diikuti oleh kita kaum Muslimin. Mereka membebaskan umat manusia dan membawanya menuju kebangkitan dan kemuliaan, hanya dengan Islam.

Sunday, August 29, 2010

Erti Sebuah Kemerdekaan Bhg.2

49 Tahun yang Terbelenggu, Merdekakah Kita?

49 tahun adalah tempoh masa yang lama. Jika kita menanam buah durian, telah bermusim hasilnya dikecapi, berelung-relung padi telah dituai, tetapi mengapakah umat Islam masih belum bangkit? Ke manakah hilangnya kekayaan negara yang melimpah ruah yang Allah anugerahkan? Mengapa masih ada yang menderita kemiskinan? Mengapa masih ada yang rumahnya hanya menunggu roboh tanpa dipedulikan? Mengapa rancangan ’Bersamamu TV3’ boleh ada? Mengapa wang berjuta ringgit boleh dilaburkan untuk pesta ’kongsi raya’ yang haram itu, walhal pada masa yang sama terdapat rakyat yang tidak cukup makan? Berapa ramai rakyat yang makan makanan tidak berkhasiat walhal dalam masa yang sama para pemimpin menikmati hidangan lazat yang tidak putus-putus? Ke mana hilangnya wang zakat yang berjuta-juta ringgit jumlahnya setiap tahun yang jika betulbetul diagihkan, mustahil akan ada kemiskinan? Umat Islam kini betul-betul terbelenggu...

Sebenarnya seribu lagi persoalan boleh dilontarkan untuk menunjukkan ’lingkaran penderitaan’ yang dialami oleh umat Islam hari ini. Apakah yang tidak kena? Jika dulu Khalifah Umar Bin Abdul Aziz hanya mengambil masa 3 tahun untuk menghapuskan kemiskinan seluruh wilayah Islam bahkan sehingga ke utara benua Afrika, walhal ketika itu, satu-satunya jalan perhubungan adalah dengan menaiki unta atau kuda, mengapakah umat Islam di Malaysia, sehingga kini masih lagi ada yang miskin? Padahal, teknologi pengangkutan, komunikasi dan sebagainya ketika ini jauh lebih canggih dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Jawapannya - kerana hokum Allah tidak diterapkan. Anugerah Allah amatlah luas, namun pengagihannya tidak sebagaimana yang Allah perintahkan. Ideologi kotor Kapitalis yang meresapi kebanyakan para pemimpin dan golongan yang kaya-raya menyebabkan mereka hidup atas dasar manfaat, bukan meraih redha Allah. Mereka dibelenggu dengan pemikiranpemikiran kufur dalam segala aspek kerana manfaat dunialah yang menjadi agenda perjuangan, bukannya redha Allah dan syurgaNya.

Wahai kaum Muslimin! Selagi pemikiran kufur Kapitalis inilah yang mendominasi sistem kehidupan kalian, maka selagi itulah kita akan menyaksikan penderitaan umat Islam tidak akan berakhir. Oleh itu, kalian wajib berjuang untuk membebaskan belenggu kekufuran yang ada
dengan menggantikannya dengan satu sistem yang diredhai dan dirahmati Allah. Kalian bertanggungjawab untuk mengubah keadaan ini kepada keadaan yang Allah kehendaki, dan Allah tidak akan mengubah kalian kecuali kalian sendirilah yang berbuat demikian, Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” TMQ Ar Ra’d (13):11].