Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, September 25, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 3

Mengapa Umat Islam Bersikap "Salbi"

Oleh sebab hanya beberapa buah sahaja negara umat Islam yang sedang mempertingkat daya pelaksanaan undang-undang Islam di negara masing-masing, sedangkan bilangan umat Islam keseluruhannya sudah meningkat ke angka billion sekarang ini, menunjukkan betapa "salbi" (negatif) umat Islam terhadap undang-undang agamanya. Masih banyak negara yang acuh tak acuh dengan undang-undang Islam, yakni tidak yakin dengan undang-undang itu, sedangkan yang berkuasa dan yang memerintah negara-negara itu adalah orang-orang Islam. Tidakkah kita merasa ganjil dan sumbang jika orang Islam sendiri tidak menyukai hukum-hukum agamanya? Orang Islam lebih gemar dan suka melaksanakan undang-undang ciptaan manusia daripada melaksanakan undang-undang yang diciptakan oleh Allah, Tuhan yang dipercayainya, Yang Disembah pagi dan petang, Allah yang dipanjatkan doa kepada-Nya selalu.

Wujudnya keadaan yang disebutkan itu antara lainnya adalah kerana undang-undang Islam itu sendiri tidak didedahkan kepada golongan yang berkuasa dengan cara yang sesuai dengan keadaan mereka untuk difahami oleh mereka dengan sebaik-baiknya. Antara sebabnya juga adalah kerana kuatnya pengaruh undang-undang ciptaan setelah undang-undang Islam menjadi momokan dan difitnahkan dengan berbagai-bagai tohmahan, seperti tuduhan kononnya undang-undang Islam itu beku, keras, kejam dan lain-lain lagi. Kerana berleluasanya kejahilan menyeluruh tentang Islam itu sendiri dan tabiatnya sebagai "ad-Deen" yang berteraskan kepada "tasawwur Rabbani", umat Islam diarahkan pandangan dan fikirannya kepada sesuatu yang tidak Islam, lalu dibiasakan dengan hidup yang tidak seiring dengan Islam itu sendiri dalam kebanyakan kegiatan hidup, hingga jadilah umat Islam itu di sebelah pihak dan Islam itu pun di pihak yang lain tanpa disedari. Perkara ini terjadi kerana tidak terdedahnya falsafah dan rahsia undang-undang Islam itu kepada pihak-pihak yang berwajib bagi dilihat Islam itu dari yang "ijabi" (positif), agar ianya lebih banyak daripada pandangan "salbi" (negatif), bagi tujuan menarik minat kepada undang-undang Islam sendiri.

Kerana sebab-sebab yang tersebut di atas dan banyak lagi sebab lain yang tidak perlu disebutkan kesemuanya di sini, maka perbincangan keunggulan Perundangan Islam perlu diberi perhatian yang lebih. Malah selagi undang-undang Islam tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat Islam, maka selama itulah keunggulan Perundangan Islam dengan metode yang boleh menyakinkan umat Islam terhadap undang-undang agamanya perlu ditingkatkan. Sesungguhnya telah menjadi kenyataan bahawa "Manusia itu menjadi musuh kepada sesuatu yang dia tidak tahu (jahil)". Mungkin kerana kejahilan sesetengah pihak terhadap undang-undang Islam, maka mereka menjadi musuh kepada undang-undang itu. Permusuhan tersebut telah dimulakan oleh musuh-musuh Islam yang terdahulu menyebabkan berlakulah peperangan demi peperangan hingga ke Peperangan Salib dan sebagainya. Atas kebijaksanaan musuh, dipindahkan permusuhan yang sedia ada di dalam hati mereka ke dalam hati orang-orang Islam yang jahil tentang Islam, lalu berlakulah permusuhan di dalam barisan Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ini.

Friday, September 24, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 2

Perundangan Islam Sebagai Suatu Realiti

Sebelum diperkatakan secara khusus tentang keunggulan Perundangan Islam, perlu diperjelaskan dahulu bahawa Perundangan Islam telah menjadi suatu realiti hukum yang telah terlaksana dalam masyarakat Islam dari permulaan lahirnya pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah hinggalah ke hari ini. Negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah (622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusia sebagai realiti yang diterima umum. Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor Hamidullah sebagai "The First Written Constitution In The World", telah menjadi kenyataan umum bahawa Islamlah yang memperkenalkan kepada dunia suatu perlembagaan bertulis yang dilaksanakan dalam sebuah negara yang berdaulat.

Perlembagaan tersebut telah menyebut secara terperinci masalah-masalah negara, daripada hak dan tanggungjawab kepada cara penyelesaian masyarakat majmuk, hinggalah kepada persoalan ketua pemerintah dan kuasa yang ada padanya. Semuanya itu terkandung dalam Perlembagaan Madinah. Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendiri meragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan kesesuaiannya dengan zaman. Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikan kemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahun pertama Hijrah hinggalah ke hari ini. Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidup baginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda. Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainya hinggalah berterusan ke zaman Daulah Othmaniah. Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ke tangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah melenyapkan kekuasaan Islam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.

Pandangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa undang-undang Islam sudah lenyap ditelan zaman. Walaupun pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk bukan lagi mewakili pemerintahan Islam yang hakiki, kerana undang-undang negaranya sudah bukan undang-undang Islam yang dengannya melenyapkan pemerintahan Islam dan undang-undangnya, akan tetapi pemerintahan Islam yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara yang terlaksana, jauh lebih awal dilaksanakan di Saudi Arabia, sebelum kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki. Pemerintahan Islam di Saudi Arabia terus melaksanakan undang-undang Islam hingga ke hari ini pada umumnya. Walau apa pun yang diperkatakan oleh musuh-musuh Islam tentang negara itu, ianya tetap mewakili Negara Islam dalam pelaksanaan hukumnya. Penerusan kewarisan pelaksanaan hukum Islam ke dalam masyarakat Islam melalui kuasa pemerintah terus berkembang subur dalam masyarakat antarabangsa Islam. Beberapa buah negara umat Islam sedang melaksanakan undang-undang itu dalam negara mereka seperti Iran, Pakistan, Sudan, dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sejak dari lahirnya tidak pernah mati malah ada tanda-tanda yang jelas bahawa undang-undang tersebut semakin hari semakin diterima oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam negara masing-masing.

Thursday, September 23, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 1

Artikel oleh DATO' DR HARON DIN

Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri. Kebolehan insan untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian Allah dan cara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh litupan "ghita" di atas mata manusia itu sendiri. Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya. Tulisan ini hanyalah suatu percubaan yang serba terhad berdasarkan andaian di atas tadi, untuk mengulangi ulasan perundangan Islam dalam skop yang serba keunggulan terhad.

Walau apa pun yang dapat diperkatakan ini hanyalah secebis kecil daripada apa yang seharusnya boleh diperkatakan. Keunggulan Perundangan Islam sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnya Islam itu sendiri hinggalah ke hari ini dan hari-hari akan datang. Namun demikian ruang untuk manusia memperkatakannya masih luas terbentang yang pada bila-bila masa manusia boleh terus membongkar rahsia yang terkandung di dalam perundangan itu sekiranya ada kemampuan berbuat demikian. Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalah sesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakat Islam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undang Islam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakan ungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.

Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut. Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama. Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam. Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang Allah s.w.t. Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah? Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.

Wednesday, September 22, 2010

Contohi Sifat Rasulullah

BERMAAF-MAAFAN antara satu sama lain merupakan satu amalan mahmudah (mulia) dan unggul yang dianjurkan oleh Islam. Melalui amalan ini kita dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, terutama sesama umat Islam. Amalan bermaaf-maafan ini, terutama ketika menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha sudah menjadi sebati dalam jiwa masyarakat Islam di Malaysia. Lazimnya, amalan ini berlaku sesama sanak saudara yang dekat dan jauh, dengan jiran tetangga serta sahabat handai. Secara tidak langsung, dengan wujudnya amalan ini dalam masyarakat Islam, bermakna konsep kembali kepada fitrah dan kebersihan, suci dari pencemaran dosa dan kesilapan dengan Allah SWT dan sesama insan yang ada pada telah pun terlaksana.

Di dalam Islam juga, kemaafan adalah sebahagian daripada sifat Allah yang yang suka mengampunkan dosa hamba-Nya, kecuali mereka yang syirik kepada-Nya. Namun begitu, ada pula syarat tertentu yang membolehkan Allah mengampunkan dosa hamba-Nya, yakni hamba-Nya yang begitu taat dan patuh serta sentiasa bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya keutuhan dan kewibawaan konsep kemaafan dalam Islam telah lama terbukti. Malah ia tercatat kemas dalam sejarah Islam. Misalnya sewaktu Nabi Muhammad SAW menyebarkan syiar Islam, baginda tidak pernah memusuhi atau memarahi wanita Yahudi yang selalu mencaci, meludah dan melemparkan najis kepada baginda ketika setiap kali melalui berdekatan rumah wanita itu. Dengan sikap kemaafan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, wanita itu telah menganut agama Islam. Ketika peristiwa Fath Makkah (pembukaan Kota Makkah), Rasulullah tidak pernah melakukan pembunuhan walaupun baginda dan rombongannya telah berjaya menguasai Kota Makkah. Rasulullah juga pernah memaafkan seorang Arab Badwi yang melakukan kesalahan kencing di dalam masjid. Baginda menegah orang ramai daripada mengerumuni dan menghalangnya. Menurut Anas bin Malik, sebaik saja orang itu pergi, Rasulullah SAW meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya. Sikap mulia Rasulullah yang sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan musuh-musuh Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa pemimpin masyarakat Musyrikin Makkah ketika itu, menyebabkan suasana hidup aman damai dapat dipertahankan. Apabila sifat maaf-memaafkan antara satu sama lain itu diamalkan oleh baginda, hasil dakwah Rasulullah adalah positif. Dengan mengamalkan sikap mulia ini, Islam dapat disebarkan dengan meluas. Selain itu, ketika Saidina Abu Bakar al-Siddiq terlalu marah terhadap Mistah yang turut menyebarkan cerita fitnah (Kisah Ifki) terhadap anaknya, Aisyah, maka beliau telah bersumpah tidak akan memaafkan Mistah dan akan menghentikan bantuan yang diberikan kepadanya. Menurut ahli tafsir al-Quran, berikutan peristiwa ini, maka turunlah ayat 22 daripada Surah al-Nur yang bermaksud: “Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang yang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah, hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Berpandukan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa manusia yang sedang marah disebabkan oleh perbuatan orang lain yang menyebarkan berita fitnah dan tuduhan palsu seperti yang dihadapi oleh Saidina Abu Bakar dan ahli keluarganya diminta oleh Allah SWT supaya mengambil jalan kemaafan dan berlapang dada terhadapnya. Sebenarnya sikap ini satu sikap yang mulia dan unggul yang diajarkan oleh agama Islam. Keunggulan dan kemuliaan sikap kemaafan itu, telah meletakkan kemaafan sebagai salah satu sikap penting yang wajar diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam. Sekiranya sikap bermaaf-maafan ini tersemat rapi dalam diri maka sudah pasti perasaan dendam tidak akan timbul, malahan membuahkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Jika diamati dengan betul, perkara ini boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Tuesday, September 21, 2010

All eyes and ears on ETP

The open day of the Economic Transformation Programme (ETP) at Putra World Trade Centre (PWTC) today, showcasing the results of the 12 labs on the National Key Economic Areas (NKEAs), attracted a bigger-than-expected crowd eager to know what the ETP holds for the private sector and how the government is actually going to execute the programme. ETP, which is part of the Government Transformation Programme (GTP) under the 10th Malaysia Plan, is the first detailed programme by the government designed to "make Malaysia a high-income nation which will benefit everyone and benefit for a long time". lthough only about 3,000 visitors were expected, the organisers were taken by surprise when the numbers swelled to almost 8,000 at one time. Datuk Seri Idris Jala, Minister in the Prime Minister’s Department and the chief executive officer (CEO) of Pemandu, who leads the ETP, said in his welcoming speech he is confident of its success as GTP managed to yield successful results in the last eight months. The exhibition showcased the 12 labs:
* tourism,
* education,
* wholesale and retail,
* Greater KL,
* oil, gas and energy,
* palm oil,
* healthcare,
* agriculture,
* business services,
* communications content and infrastructure,
* electrical and electronics, and
* financial services.

There were 45-minute breakout sessions on the topics in small seminar rooms packed to the brim with almost no standing room. Grouses were voiced by the private sector on the difficulties of expanding their businesses and industry. The most popular event of the day was the forum by the CEOs which saw an exchange of views by captains of industy such as Datuk Nazir Razak of CIMB, and Datuk Seri Tony Fernandes of AirAsia. The NKEA labs identified potential incremental gross national income (GNI) impact of about US$250 billion (RM775.62 billion) by 2020 and will kickstart 131 entry point projects and 60 business opportunities. Jala said this will create an additional 3.3 million jobs. Forty-six percent of these jobs will require vocational and technical skills. Jala had the crowd, made up of business owners and top management from the private sector as well as SMI and SME owners, applauding and asking for more as he quoted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak as saying the ETP will definitely be a success as "Malaysia is big enough for all of us".

Jala said the main plan is for more investment attraction and slashing of expenditure on the part of the government. Jala said the government is looking at subsidy rationalisation "although (this is) not popular", adding that the feedback from the people is that it can be done but it should be done gradually and in small doses. He also said the Malaysian economy is on the right track with the ringgit being at its strongest for the first time in 13 years. In addition, the recovery rate of the economy has been very good due to the stimulus packages the government has introduced. He added that in the first half of this year, Malaysia economy grew at 9%. He said he is confident the private sector will come in with the "hundreds of billions of ringgit" needed to spur the ETP as the projects under the programme were the ideas from the private sector itself, which they had come up with during the labs they had in May. "The private sector is fully behind this as they are the ones who came up with the projects," he said. At a press conference later, Jala said many of the entry point projects (projects introduced for the first time) will focus on the rural area and there is little possibility of these projects being taken up by opportunists. He cited the 1Malaysia Mall project, which plans to bring the Malaysian expertise of building shopping malls abroad and, at the same time, bring some of the Malaysian retailers to park themselves there.

He also gave the example of the Malaysian creation of "cantas", a curved knife used to pick oil palm fruit, which now costs RM5,000 but can be made to cost RM2,500 as an entry point project, "which will help many smallholders". On the creation of a level playing field, Jala said that much still has to be done. He said the projects would be monitored by steering committees, which are led by the prime minister at the top level, and the lead ministers at the second level. "Then there are the monthly reports which we will prepare, and the problem-solving meetings," he said. He said all the NKEAs are placed on the same priority level and, if necessary, the NKEA that outputs the higher GNI will take priority. He admitted that some of the plans, such as the Talent Corporation, have yet to take off but said the corporation is under way.

Jala, who has been running the whole show, downplayed his role when asked whether he realises that he is holding the GTP and ETP together. Jala said that this is the brainchild of the prime minister and his job in Pemandu is to get a lot of people together. Asked how the ETP would be implemented when 80% of the local workforce are only high school educated, he said that when there are gaps, they will fill them with expatriates.

Monday, September 20, 2010

Joke Of The Day

The Magic Genie

A man found a magic genie who would grant him one wish. The man said to the genie,” I wish that I had a non-stop bridge from here to Hawaii." The genie said,” I’m sorry, but that's going to be very hard. Do you have another wish?" The man answered, "Of course! I want the power to understand all women." The genie thought for a minute. He replied, "How many platforms did you want on that bridge?"

Sunday, September 19, 2010

Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan Bhg 3

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya.
Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan yang patut sehingga Islam mereka dimandulkan. Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.
Ini seperti hadis-hadis palsu yang menyamakan amalan yang kecil dengan pahala para nabi, atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku-buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis.

Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”. ( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu:
“ (sebab yang ke enam) bertujuan untuk menggalak orang ramai membuat kebaikan. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah). Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini, lantas membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap muslim untuk membela agama Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142). FirmanNya juga:
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku. Tiada pembelaan untuk Islam, tiada pembelaan untuk kebenaran.
Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian pula menjadi menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kata al-Qaradawi:
“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad , atau wahdah al-wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pemikiran yang seperti ini telah menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran yang hakiki.