Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, October 2, 2010

Ku Li Perlu Berhati-hati: DUN Galas satu Perangkap



Penamaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding DUN Galas adalah satu perangkap yang cukup bijak UMNO dan dilihat sebagai balas dendam. Tengku sebelum ini pernah mendropkan kerajaan pimpinan berkaitan Isu Royalti Minyak di Kelantan dan menampakkan sokongannya kepada tuntutan Kerajaan Kelantan. Ya lah, nak marah secara terang-terangan tak sedap pulak sedap Tengku merupakan orang lama dalam politik dan tahu segala isi perut pemerintah.

So saya nampak, the only way untuk jatuhkan Tengku ialah dengan meletakkan beliau sebagai calon untuk bertanding di Dun Galas. Pertama, standard Tengku hanyalah untuyk DUN sahaja walaupun beliau bergelar menteri dan keduanya kalau BN kalah mereka akan cakap, “look, even orang Gua Musang pon dah tak nak dengan Tengku Razaleigh”. Saya tak kata saya betul, Cuma saya rasa ini wajib akan berlaku.

Ni satu lagi si KJ (Khairi Jamaluddin), jangan dok masuk campor sangat, elok baru BN nak dapat harapan di Galas, tapi disebabkan KJ, orang langsung tak undi BN. Kalau result pilihanraya nanti BN kalah tipis tak apa lah jugak, saya risau kot disebabkan orang menyampah dengan KJ, penyokong BN Cuma 5-6 orang sahaja. KJ perlu tahu bahawasanya bukan setakat orang luar menyampah dengan dia, tapi 100 peratus orang Kelantan fed-up tengok muka dia.

Oleh sebab itu saya rasa Tengku Razaleigh jangan terima tawaran tersebut, biarlah muka baru yang bertanding. Reputasi kena jaga Tengku.

Friday, October 1, 2010

Suruh Khairi Diam Kalau BN Nak Menang Galas

Kalau kita nak masuk meminang anak dara orang, prosedurnya ialah kita kena hantar spy pergi tengok dulu anak dara tu sapa punya, ok ke tak ok dan segala macam mak-neneklah yang kita nak tahu. Spy tu pulak kenalah Spy yang boleh dipercayai, jangan jenis Spy carik hasil untuk untung sendiri, Spy macam ni kita panggil Spy Mak Cha E. Bila kita dah rasa confident barulah kita hantara orang masuk merisik. Bab ni paling penting sebab orang yang masuk merisik ni selalunya kira orang tengahlah, kita kena make sure yang orang yang masuk merisik ni orang yang tuan rumah tu berkenan, kalau kita hantar orang yang tuan rumah tak berkenan atau mak-mapak serta kaum keturunannya tak berkenan maka al jahanamlah jawabnya. Pakai tak kawinlah anak kita.

Sama kesnya dengan DUN Galas ni, hantarlah orang yang orang Kelantan suka, orang yang orang Galas ke orang Gua Musang ke suka, jangan main bantai saja, dan pastikan suara-suara sumbang jangan berbunyi. Ingat orang Kelantan ni perangai nya pelik sikit, elok budak Mamat tu orang dah berkenan tapi sebab dia berkawan dengan orang yang perangai tak elok (orang Kelantan panggil Budok Tok Tetu Halo) terus tak setuju jadinya. Sebab tu saya cakap suruh si Khairi Jamaluddin tu duduk diam-diam, jangan bercakap banyak. Ni dia yang banyak dok berbunyi, saya berani potong kuku, kalah BN. Tak caya tengoklah. Nak tahu sebabnya, sebab orang Kelantan rata-rata benci tengok muka si Khairi ni.

So dalam aspek ni BN kena pandailah, PM kena bagi AMARAN KERAS pada si Khairi supaya jangan campur tangan, jangan bersuara dalam hal Galas.

Thursday, September 30, 2010

Let Us Enhance Our Taqwa

My fellow brothers in Islam, let us enhance our taqwa towards Allah by following all His commandments and abstaining from all that He has forbidden. We have just left the month of Ramadan. A month filled with Allah’s blessings. A month that has trained us to prepare for the coming 11 months. A month that contains the one night which has the benefits of 1000 months. However, what is the effect of Ramadan on us ? Has our deeds truly left an effect during that month ? Has the fast truly train and discipline us ? Or has the last month on left us with the effects of hunger and thirst. For those who have performed their ibadah in full conviction, verily they have gained, as said by Rasulullah saw:

For whosoever has fasted during the month of Ramadan with full conviction, all his past sins will be forgiven.”

Perhaps the last Ramadan has left a lasting effect in some of us such that it has made us sad when we bid farewell to the month and we hoped that we would meet the month again next year. This is because we do not know whether we would meet the month again in future. Dear brothers, now it is time for the month of Syawal. A month of joy and a month of freedom. It is a month of the many blessed months. While we enjoy during this month of Syawal, we should not be unmindful in celebrating the joyous occasion of the Eid. We should not consider that Ramadan is the only month for us to perform ibadah. If in Ramadan we had controlled our tongues from talking or conversing inappropriately, we should continue to do so for the rest of our lives. If in Ramadan we had controlled our eyes from looking at things most despicable, it does not mean that after Ramadan, we could return to our old ways.

Perhaps there are among us who feel that there were many shortcomings done in the last Ramadan. Perhaps the ibadah were not performed perfectly and perhaps missed the opportunity to get the benefits of the 1000 months. Verily Allah SWT offers us the opportunity to His servants. It is up to us to seize the opportunity. In this month, there are many acts which can be performed to complement and continue from our acts in the past month. The complementary Ibadah referred to is the six days fast. It is fasting for six days in the month of Syawal. Whether it is performed continuously or alternately, as long as it is performed in Ramadan, it will be accepted. The fast of 6 days in Syawal has many benefits. Among them, as reported in a hadith which says:

He who fasts in the month of Ramadan followed by 6 days in Syawal, it is as if he has fasted for 1 year."

It means that if you complete the fast of 1 month of Ramadan and continue with 6 days of fasting in Syawal, you will be rewarded with the rewards of someone who has fast for 1 full year. If we analyse that hadith, we can conclude that it corresponds to Allah’s commands in Suratul Al An’am verse 160 which means:

"He that does good will have ten times as much to his credit. He that does evil shall only be recompensed according to His evil. No wrong shall be done unto any of them.”

From this verse, we can see that the 30 days of fasting that we have endured in Ramadan equates to 10 months of fasting! And the 6 days of fasting in Syawal would equate to 2 months. Thus, we will complete 12 months of fasting, which would equate to fasting for 1 whole year! This is explained in another hadith that says:

“Allah will reward every good act ten times over. And so 1 month of good deeds will show the equivalent of 10 months of rewards. And 6 days after Eidl Fitri completes the 1 year.”

Dear brothers, this is the benefit Allah has offered to us for to reap. For those who may have missed the benefits from the previous months, this is an opportunity which you should not miss. The 6 days of fasting in Syawal is like a Rawatib prayer that completes any incomplete prayer. And surely in the course of our fasting in Ramadan there must have been numerous mistakes that we have made. By fasting 6 days in Syawal, it creates an opportunity for us to atone for those mistakes in our fasting.

Let us increase our ibadah in this significant month in Islam. And may our good deeds be rewarded and accepted by Allah s.w.t.

Joke Of The Day

Al Kisah

Alkisahnya.....situasi berlaku di dlm kelas..*cikgu masuk kelas tu pulak hari tu bad mood, so..

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Murid-murid : Yeiiiii (bersorak)

Wednesday, September 29, 2010

DUN GALAS Besa Tumbong Woh Nyo




Kalu demo tanyo ambo, kawase Galas (N 45) ni bukenyo besa sangat, aloh kecek celeh ja eh, ado bo besar tumbong woh nyo. Tapi gak jenis pernga budok, tumbong hok kecek celeh tu hok dio nok berebuk nyo. Ambo buke nok kato apo, ADUN Galas Saudara Che Hashim Sulaiman baru jah meninggal dunio, ok-ok gak dulu. Biar lasa semo sekali pah barulah kita nok kecek kiro pasal sapo hok nok ambik alih. Meme betul, keno ado ketuo, tapi tengok la pulok kawase besa mano.
Jange jadi gong gak kito nih, nih ambo tengok samo naik, baik BN baik PAS baik PKR, tak dok kerijo lain. Demop nati kelih, tok de 100 hari wojik, ake bermulo pere, mu kato ko aku, aku kato ko mu. Dan hok ambo raso wojik ake berlaku, ado puok hok ake ukit “maso gemuloh ni jago kawase Galas ni mulo, gapo hok dio buak”, haa ni baso peranga udoh. Ore jange dok kecek pasa orghe hok mati doh.

Ci cubo tah PAS nga BN dudok semejo biche molek-molek “lagu mano weiii kito nih, melayu napok koho berak pecoh-beloh abih, sapa bilo kito nok pere lagu nih. Buleh ko dok kito pakak buak baik, kito pakak jago rakyak kito nih”, ke ko come kalu lagu tu. Tapi orghe serupo ambo nih pakak dok berange sajo lah nok tengok ore melayu bersatu padu. Tapi ambo tok kesoh, orghe nok murih, murih lah, hok ambo tetak ake buak dale blog ambo iolah memperjueke hok orghe melayu. Biarlah orghe nok kato ambo bodo sebak dok kechek sore, takdok arghe nok baco, tapi ambo yaking Insyaallah satu hari nati, ado jugok orghe hok baco mesej hok ambo nok nyapa.

Tuesday, September 28, 2010

Apa Beza Kes datuk Sosilawati dengan kes Nurul Jazlin

Saya bukanlah nak mempertikaikan kehebatan, keunggulan, keterrorran pihak PDRM, Cuma sebagai rakyat di Tanah Melayu (tak syok guna Malaysia) ni saya cukup terkilan dan cukup sedih dengan tindakan pihak berkuasa. Saya sering lihat. Bila kes-kes yang melibatkan orang-orang kenamaan sahaja, jawabnya pihak PDRM akan bermati-matian cari bahan bukti, tak kiralah dalam semak ke, dalam sungai ke, dalam tanah ke, dalam lading kelapa sawit ke, yang penting bnahan bukti mesti dicari.

Contoh yang paling baik ialah dalam kes Datuk Sosilawati, sampai ke lubang
kuman PDRM korek (bayangkan betapa terrornya PDRM), akan tetapi
pertikaian saya ialah kenapa dalam kes pembunuhan kejam dan menyayat hati Arwah Nurin Jazlin dulu dimana CIA siap bagi gambar beserta no plat motor pon PDRM tak boleh nak selesai. Gambar suspek keluarlah konon, tapi apa kesudahannya. Kononnya bila ditanya, fail tersebut tak akan ditutup, ianya tetap akan dibuka. Usaha pihak PDRM dalam kes Arwah Nurin Jazlin, lubang cacing pon tak sampai, berbeza dengan kes Datuk Sosilawati.

Adakah disebabkan Arwah Nurin Jazlin ni kanak-kanak miskin, mak-bapak dia tak kaya atau hapa? Jangan Beb..orang semua dah meluat dengan PDRM.

Monday, September 27, 2010

Sori nak buat Hukum Hudud! Lu ingat lu sapa

Saya rasa ni dah kali ketiga ratus juta kot si Karpal Singh dok sebut “Sori eh..itu hodud hokum, saya tadak setuju mau bikin..itu PAS juga ada itu syok sorang-sorang. Yini mengundi menang kalo, PAKATAN ada minang, itu nagra, kita punya turn mau perintah, bukan yitu PAS juga sorang-sorang.”, tegas tu Beb. Masalahnya si PAS dengan selamba badak macam kerang busuk membalas balik “ tak ada apa..kita cuma proposed saja, kalau PAKATAN tak setuju taka pa, kita ikut sajalah..”, nah hai lembutnya, kecut ka? Kat sini saya jadi keliru sebab, kalau pihak kerajaan mengeluarkan sebarang statement berkaitan hokum Hudud sebagaimana kenyataan si Karpal Singh, sah-sah PAS akan kata “UMNO itu kafir dan kita PAS tidak akan sdama sekali bersekongkong dengan pihak yang menentang ISLAM”, so apa dah jadi kat PAS sekarang? Si Karpal Singh tu bukan kafir ke, DAP tu bukan kafir ke? Dan soalan yang paling besar saya nak Tanya bukan ke PAS sekarang ni dah bersekongkong dengan kaum kafir dan bukankah DAP tu menentang ISLAM?

So untuk PAS janganlah buat kenyataan yang melulu, janganlah suka dok mengata kerajaan sangat. Saya dok di pihak PAS pun tidak PKR pon tidak UNMO pon tidak. Cuma nasihat saya janganlah disebabkan nak berebut guli dalam tempayan, guli tak dapat tempayan pecah berkecai.

Sunday, September 26, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 4

Rahsia Di Sebalik Istilah



Ada beberapa istilah yang digunakan dalam Perundangan Islam seperti "syari'ah", "hukum", "hudud", "Qisas", "ta'zir", dan sebagainya. Istilah tersebut walaupun umum mengetahui maksudnya tetapi rahsia yang tersembunyi di sebalik istilah-istilah itu perlu juga diberi perhatian.



i-Syari'ah



Istilah "syari'ah" yang berakar kata daripada "shara 'a" disebut beberapa kali dalam Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud; Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syari'ah (peraturan dan undang-undang) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahuinya. (Surah Al-Jaatsiah: ayat 18) Firman-Nya lagi yang bermaksud;

"Bagi tiap-tiap umat daripada kamu, Kami (Allah) berikan kepadanya peraturan dan undang-undang serta cara hidup yang lengkap." (Surah Al-Maa'idah: ayat 48)



Perkataan syari'ah ada banyak maknanya. Salah satu daripadanya, seperti yang tersebut dalam kamus-kamus Arab, syari'ah bermaksud telah masuk ke dalam air atau telah meminum air itu dengan kedua tangannya. Salah satu maknanya lagi disebut sebagai jalan ke arah air. Maknanya yang lain ialah tempat keluarnya mata air dan sebagainya. Kaitan perkataan syari'ah dengan makna pilihan yang disebutkan di atas, memberikan semacam tanggapan bahawa apa yang dikatakan syari'at itu diperlukan oleh manusia seluruhnya. Sama dengan manusia seluruhnya memerlukan air untuk kehidupannya.



Persoalan air pada manusia dan binatang adalah persoalan hidup mati. Semua makhluk memerlukan air untuk menjamin kehidupan yang berterusan. Air sebagai satu bahan yang dijadikan Allah s.w.t, telah disebutkan fungsinya oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud; Dan kami jadikan daripada air itu tiap-tiap sesuatu yang hidup (Surah Al-Anbiya': ayat 30) Ini bererti bahawa air adalah sumber kehidupan dan penghidupan. Tidak ada hidupan kalau tidak ada air. Kalau tidak ada air maka tidak ada penghidupan. Dalam konteks Islam sebagai sesuatu yang menghidupkan, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

"Wahai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul, apabila kamu diseru kepada sesuatu yang memberi kehidupan" (Surah Al-Anfaal: ayat 24)



Ayat di atas semacam memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman bahawa menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya dalam sesuatu tuntutan hukum seperti berjihad, melaksanakan hukum Islam dan sebagainya, akan memberikan penghidupan yang lebih bererti kepada manusia. Ketika syari'at Islam berfungsi dalam masyarakat, maka subur dan kuatlah masyarakat itu dalam semua bidang penghidupan. Apabila syari'at itu tidak berfungsi seperti yang terdapat pada hari ini, jelas kelihatan betapa layu dan mundurnya masyarakat itu, seolah-olah pokok yang tidak disirami air. Syari'at Islam adalah suatu syari'at yang hidup, kerana itulah dikaitkan istilah itu dengan perkataan yang berkaitan dengan kehidupan. Sekiranya manusia inginkan kehidupan yang baik dan aman damai maka laksanakan syari'at Islam dengan sebaik-baiknya.



ii-Hukum



Perkataan "hukum" selalu disebut dalam Perundangan Islam. Al-Quran banyak kali menyebut istilah ini dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya yang bermaksud; Bahawa sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dengan benar supaya kamu menghukum diantara manusia dengan apa yang diwahyukan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat(Surah An-Nisa': ayat 105)



Ayat lain yang bermaksud; Dan hendaklah kamu menghukum antara mereka dengan apa yang Allah turunkan (kepadamu) dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka. (Surah Al-Maa'idah: ayat 49) Dan sesiapa yang tidak menghukum (manusia) dengan apa yang Allah turunkan (dari wahyu-Nya) maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Surah Al-Maa'dah: ayat 44)



Kalau ditinjau daripada sudut pengertian ini, daripada segi bahasanya maka ianya bererti antara lain ialah; - "ha ka ma, hukman" bererti menjatuhkan sesuatu hukuman, memisahkan atau menceraikan. - "ha ka ma, hakman" bererti mengembalikan sesuatu - "hakkama, ahkam" bererti mengembalikan dan mencegahkannya, menghalusi sesuatu ikatan untuk memperbaikinya. Pengertian di atas memberikan sesuatu penekanan umum kepada kita bahawa hukum-hukum Islam adalah hukum-hukum yang berfungsi untuk memperbaiki manusia daripada keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Hukum-hukum itu mampu mengembalikan manusia kepada sesuatu keadaan yang boleh menjauhkan manusia dari kejahatan dan mengajak mereka kepada kebaikan. Inilah sebenarnya tujuan hukum dan falsafahnya di dalam Islam, untuk memberi kesedaran dan keredaan agar manusia sentiasa berdampingan dengan nilai-nilai yang baik untuk kebaikan diri manusia itu. Apabila manusia telah menjauhkan diri daripada hukum-hukum Allah dan mendampingi undang-undang ciptaan manusia maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini.



iii- Hudud



Istilah "hudud" terdapat dalam Al-Quran melalui ayat-ayat Allah seperti yang bermaksud; Dan sesiapa yang melampaui hudud Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya. (Surah At-Thalaaq: ayat 1) Demikian itulah hudud Allah maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang melanggar hudud ini maka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah: ayat 229) Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya serta melanggar hudud Allah nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka yang kekal ia di dalamnya dan baginya azab yang amat hina. Perkataan "hudud" adalah perkataan ganda daripada "had". Dalam kamus Arab, "had" bererti:

- dijadikan bagi sesuatu itu sekatan

- yang memisahkan antara dua perkara

- menghabiskan sesuatu

- mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan dan sebagainya.



Pengertian-pengertian yang tersebut di atas memberikan suatu kefahaman tentang mengapa istilah "had" itu digunakan bagi beberapa kesalahan seperti mencuri, berzina, minum arak, dan sebagainya. Penggunaan ini bertujuan menyedarkan manusia bahawa hukuman ini mampu mencegah manusia daripada melakukan jenayah itu. Hudud juga merupakan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada semua manusia, agar berubah perangai daripada tidak baik kepada baik. Tujuan dan hikmah melaksanakan hudud dalam Islam, seperti yang terkandung dalam pengertian di atas, adalah untuk kebaikan manusia sejagat agar terselamat daripada hukuman dunia dan yang amat penting terselamat daripada seksaan di akhirat. Tanpa melaksanakan hukum-hukum hudud ini, manusia akan berhadapan dengan seksa Allah yang amat hina. Pada fuqaha' telah memberi takrif hudud ini sebagai; Hukuman seksa yang ditetapkan wajib dilaksanakan untuk menunaikan hak Allah.



Pelaksanaan hudud di dalam Islam walaupun pada zahirnya kelihatan seperti bencana yang agak keras dan kasar ke atas pesalah, namun pada hakikatnya ia adalah satu rahmat kepada pesalah itu sendiri dan kepada masyarakat umumnya. Rahmat kepada pesalah kerana dengan hukuman itu akan menyedarkannya dan mengembalikannya ke jalan baik yang diredhai Allah. Ia juga bertujuan untuk menghindarkan masyarakat daripada melakukan perkara yang terkeji di sisi agama. Dengan yang demikian akan harmonilah masyarakat umum daripada bencana jenayah. Masyarakat umum lebih banyak mengetahui tentang keburukan hukuman hudud yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam daripada mengetahui kebaikannya. Kebetulan pula negara umat Islam pada hari ini kebanyakannya tidak melaksanakan hukuman-hukuman ini. Dengan sebab itu, kebaikan daripada melaksanakan hukuman tersebut tidak dapat disaksikan sebagai sesuatu yang nyata.



Jika ditinjau kebaikan undang-undang hudud itu daripada kenyataan yang wujud kini, dapatlah dirasakan kebaikannya yang jelas untuk kemaslahatan umat Islam. Beberapa orang sarjana Islam telah menulis tentang kebaikan undang-undang tersebut seperti berikut:



Dr. Abd. Hamid Al-Mutawalli menulis di dalam kitabnya, "As-Syari'ah Al-Islamiyyah Kamasdar Asasi Liddudtur" (cetakan 1), pada halaman 74 dengan katanya yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya segala hukuman hudud itu adalah sebenarnya suatu ancaman kepada penjenayah yang tujuan asasnya untuk menghapuskan jenayah. Sekiranya dilaksanakan dengan baik nescaya tidak ada orang yang sanggup melakukan jenayah itu melainkan beberapa orang sahaja.



Abd Qadir Audah, dalam kitabnya, "At-Tasyri' Al-Jina'I Al-Islamiy Muqarina Bilqanun Al-Wadha'I" (cetakan 1, 1368H)pada halaman 652 ada menyebut yang bermaksud: Di Hijaz sebelum perundangan Islam dilaksanakan, keadaan di negara tersebut adalah paling buruk dari segi keamanan. Orang yang berkunjung ke sana atau mendiami negara itu tidak akan merasa aman dirinya, harta bendanya dan keluarganya. Di merata pelusuk negara itu terjadi pelakuan jenayah, mencuri, merompak dan sebagainya. Apabila dilaksanakan undang-undang Islam, Hijaz berubah menjadi negara yang aman damai.



Al-Qadi Dr. Abd Aziz Amir dalam kitabnya, "At-Ta'zir fi As-Syari'ah"(cetakan ke-3, 1377H) pada halaman 425 menyebut yang bermaksud: Perangkaan rasmi di Saudi Arabia tentang jenayah menunjukkan bahawa penthabitan perlakuan jenayah dan pelaksanaan hukumnya tidak berlaku kecuali pada hitungan kasarnya sekali atau dua kali dalam satu tahun, meskipun keadaan di negara tersebut boleh dikatakan menggalakkan jenayah yang boleh dilakukan dengan mudah.



Al-Syaikh Abu Zahrah dalam kitabnya, "Falsafah Al-`Uqubah" (bahagian pertama, cetakan 1963) pada halaman 96, ada menyebut yang bermaksud: Sesungguhnya diriwayatkan daripada Hisyam ibn Abdul Malik, bahawa beliau telah menggantungkan hukuman hudud setahun di zaman pemerintahnya. Kerana itu kejadian jenayah tiba-tiba berlaku secara berleluasa dengan banyaknya.



Masyarakat telah gusar kerana keselamatan mereka sudah diancam oleh penjenayah. Setelah keadaan semakin tenat, Hisyam ibn Abdul Malik telah mengisytiharkan penguatkuasaan semula undang-undang Islam didalam jenayah. Dengan pengisytiharan itu sahaja sudah menunjukkan bahawa perlakuan jenayah tiba-tiba reda dan dapat dikawal. Semua konteks di atas dapat membuktikan bahawa kebaikan yang terkandung dalam undang-undang Islam jika dilaksanakan amat menguntungkan manusia. Oleh sebab itu, hukuman hudud boleh menjadi sempadan dan cegahan yang akan memberikan kepada manusia keamanan dan kesejahteraan hidup.



iv-Qisas



Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. menyebut "qisas" itu dalam ayatnya yang bermaksud:



"Wahai mereka yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu qisas ke atas orang-orang yang

membunuh." (Surah Al-Baqarah: ayat 178)



"Dan telah kami wajibkan ke atas mereka di dalam (Taurat) bahawasanya nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka pun ada qisasnya." (Surah Al-Maa'idah: ayat 45)



"Dan bagi kamu dalam pelaksanaan qisas ada jaminan kelangsungan hidup wahai orang-orang yang mempunyai hati, moga-moga kamu bertaqwa." (Surah Al-Maa'idah: ayat 179)



Perkataan "qisas" daripada segi bahasa antara lain bererti:

- memotong dengan gunting

- memutuskan hujungnya dengan pemotong

- memisahkan sesuatu dengan sesuatu, dan sebagainya



Apabila perkataan yang bererti sedemikian daripada kamus-kamus Arab digunakan sebagai istilah undang-undang dalam perkara hukuman ke atas pesalah bagi membalasnya dengan adil dan saksama seperti yang dilakukan, memberikan kita suatu tanggapan bahawa dalam pelaksanaan hukuman qisas, perlakuan jenayah itu dapat dipotong atau dihentikan. Seolah-olahnya bila qisas itu dilaksanakan, akan selesailah kejadian itu dan ditamatkan kemaraannya daripada terus berlaku dalam masyarakat. Perbandingan antara undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan boleh dilihat dengan merujuk kepada contoh kes yang boleh dimasukkan dalam peruntukan hukuman qisas ini.



Kita mengambil contoh hukuman ke atas pesalah dalam kes luka melukakan. Dalam undang-undang ciptaan, bagi kes tersebut, pesalah akan dihukum dengan denda atau penjara. Manakala yang menuntut pula tidak akan mendapat apa-apa. Tetapi dalam undang-undang Islam, jika sabit tuntutannya, yang menuntut akan diberi hak untuk bertindakbalas ke atas pesalah seperti mana keseksaan yang diterimanya sebelum itu. Luka dilukai balas, patah dipatahkan balas, dan seterusnya. Jika sekiranya yang menuntut tidak suka membalas, tetapi suka dibayar ganti rugi, maka ia boleh berbuat demikian. Ataupun jika ia hendak memaafkan maka bolehlah ia berbuat demikian. Jelaslah di sini bahawa keistimewaan yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam di mana hak diberikan sepenuhnya kepada yang dianiaya dengan tiga pilihan yang telah disebutkan tadi.



v-Ta'zir



Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:



"Dan kamu membantu mereka dan memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik. Sesungguhnya Aku (Allah) akan menutupi dosa-dosa kamu dan akan Aku masukkan kamu ke dalam Syurga yang di bawahnya berlari sungai-sungai." (Surah Al-Maa'idah: ayat 12)



"Maka orang-orang yang beriman dengan-Nya memuliakannya menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya mereka itulah orang yang beroleh kejayaan." (Surah Al-A'raaf:ayat 157)



"Supaya kamu sekelian beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, membantu menguatkan (agama-Nya), membesarkan-Nya dan bertasbih kepada-Nya diwaktu pagi dan petang." (Surah Al-Fath:ayat 9)



Perkataan "a za ra", "azzara", "ta'zeeran", dan sebagainya diertikan dalam kamus-kamus Arab yang bermaksud:

- memberi pertolongan yang kuat

- menegah dan mencegah

- memukul dengan sesuatu pukulan yang berkesan

- benteng yang kuat



Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas tadi, dengan makna-makna yang jelas nyata serta pengertian daripada segi bahasanya, ta'zir dalam hubungan ini seolah-olah menjadikan undang-undang Islam yang termasuk di dalam hukum ta'zir akan menjadi sebaik-baik pertolongan kepada pemerintah dan masyarakat umum untuk mencegah penjenayah daripada melakukan kesalahannya setelah hukum ta'zir itu dilaksanakan.



Kesimpulan



Keseluruhan undang-undang pemerintahan dalam dunia hari ini adalah bertujuan untuk mengatur kehidupan duniawi semata-mata. Sedangkan manusia itu adalah makhluk yang akan terus hidup di alam yang lebih luas dan lebih panjang daripada alam dunia ini selepas matinya. Kehidupan manusia di alam ini hanyalah buat sementara waktu, sementara menunggu kematiannya untuk memulakan hidup baru dengan segala maslahahnya. Undang-undang Islam tidak mengabaikan aspek duniawi seperti yang difikirkan oleh penggubal-penggubal undang-undang ciptaan. Malah lebih mementingkan harga diri insan yang sebenarnya, iaitu keimanannya kepada Allah Yang Maha Esa. Demi menjaga keimanan itu Islam menurunkan peraturan dan undang-undang untuk manusia menjaga seluruh keperluannya.



Pada asasnya tujuan Allah s.w.t menurunkan undang-undang dan peraturan-Nya adalah untuk menjaga lima perkara utama yang amat dititikberatkan oleh manusia sejagat:



i. Menjaga Agama - dengan cara menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad

ii. Menjaga nyawa -dengan menghukum qisas ke atas pembunuh

iii. Menjaga akal -dengan menyebat orang yang meminum minuman yang memabukkan

iv- Menjaga keturunan -dengan menghukum rejam atau sebat ke atas orang yang sabit berzina v- Menjaga harta -dengan menghukum memotong tangan (pencuri) atau tangan dan kaki (perompak)



Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Al-Mustasfa", jilid 1, halaman 287, ada menyebut dengan maksud: Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakan adalah impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan sepenuhnya adalah terhenti atas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan "maslahah" ialah memelihara tujuan syara' iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta benda. Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu, maka itulah dia "maslahah". Setiap perkara yang boleh membawa kepada kerosakan salah satu dari lima atau seluruhnya, maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti ditentang. Syari'at Islam adalah syari'at yang mengutamakan maslahah manusia. Sama ada masalah duniawi mahupun ukhrawi. Segala peraturan dan perundangan yang dilaksanakan dalam masyarakat manusia adalah untuk menjamin kelima-lima perkara yang tersebut di atas supaya terpelihara dengan sebaik-baiknya