Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Tuesday, September 28, 2010

Apa Beza Kes datuk Sosilawati dengan kes Nurul Jazlin

Saya bukanlah nak mempertikaikan kehebatan, keunggulan, keterrorran pihak PDRM, Cuma sebagai rakyat di Tanah Melayu (tak syok guna Malaysia) ni saya cukup terkilan dan cukup sedih dengan tindakan pihak berkuasa. Saya sering lihat. Bila kes-kes yang melibatkan orang-orang kenamaan sahaja, jawabnya pihak PDRM akan bermati-matian cari bahan bukti, tak kiralah dalam semak ke, dalam sungai ke, dalam tanah ke, dalam lading kelapa sawit ke, yang penting bnahan bukti mesti dicari.

Contoh yang paling baik ialah dalam kes Datuk Sosilawati, sampai ke lubang
kuman PDRM korek (bayangkan betapa terrornya PDRM), akan tetapi
pertikaian saya ialah kenapa dalam kes pembunuhan kejam dan menyayat hati Arwah Nurin Jazlin dulu dimana CIA siap bagi gambar beserta no plat motor pon PDRM tak boleh nak selesai. Gambar suspek keluarlah konon, tapi apa kesudahannya. Kononnya bila ditanya, fail tersebut tak akan ditutup, ianya tetap akan dibuka. Usaha pihak PDRM dalam kes Arwah Nurin Jazlin, lubang cacing pon tak sampai, berbeza dengan kes Datuk Sosilawati.

Adakah disebabkan Arwah Nurin Jazlin ni kanak-kanak miskin, mak-bapak dia tak kaya atau hapa? Jangan Beb..orang semua dah meluat dengan PDRM.

2 comments:

  1. xde satu pon keluarga daripada ke lapan2 kanak2 tersebut berasal dari keluarga berada..

    patutlah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada sugar brai atas komen tersebut. Saya bukanlah bertujuan untuk mendown grade kan mana-mana agensi kerajaan, tapi ini adalah kenyataan yang harus kita lihat. Dua hari lepas IGP ada maklumkan "kepada mana-mana warga yang mempunyai maklumat tentang kes-kes yang belum diselesaikan dan boleh membantu pihak polis disarankan agar tampil kedepan" dan "mana-mana warga yang rasa tidak berpuas hati dengan pihak polis boleh berjumpa terus dengan pegawai-pegawai kanan polis yang ada"...

    Tak ke lawak namanya...come onlah...

    ReplyDelete