Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, October 2, 2010

Ku Li Perlu Berhati-hati: DUN Galas satu Perangkap



Penamaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding DUN Galas adalah satu perangkap yang cukup bijak UMNO dan dilihat sebagai balas dendam. Tengku sebelum ini pernah mendropkan kerajaan pimpinan berkaitan Isu Royalti Minyak di Kelantan dan menampakkan sokongannya kepada tuntutan Kerajaan Kelantan. Ya lah, nak marah secara terang-terangan tak sedap pulak sedap Tengku merupakan orang lama dalam politik dan tahu segala isi perut pemerintah.

So saya nampak, the only way untuk jatuhkan Tengku ialah dengan meletakkan beliau sebagai calon untuk bertanding di Dun Galas. Pertama, standard Tengku hanyalah untuyk DUN sahaja walaupun beliau bergelar menteri dan keduanya kalau BN kalah mereka akan cakap, “look, even orang Gua Musang pon dah tak nak dengan Tengku Razaleigh”. Saya tak kata saya betul, Cuma saya rasa ini wajib akan berlaku.

Ni satu lagi si KJ (Khairi Jamaluddin), jangan dok masuk campor sangat, elok baru BN nak dapat harapan di Galas, tapi disebabkan KJ, orang langsung tak undi BN. Kalau result pilihanraya nanti BN kalah tipis tak apa lah jugak, saya risau kot disebabkan orang menyampah dengan KJ, penyokong BN Cuma 5-6 orang sahaja. KJ perlu tahu bahawasanya bukan setakat orang luar menyampah dengan dia, tapi 100 peratus orang Kelantan fed-up tengok muka dia.

Oleh sebab itu saya rasa Tengku Razaleigh jangan terima tawaran tersebut, biarlah muka baru yang bertanding. Reputasi kena jaga Tengku.

No comments:

Post a Comment