Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Friday, September 24, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 2

Perundangan Islam Sebagai Suatu Realiti

Sebelum diperkatakan secara khusus tentang keunggulan Perundangan Islam, perlu diperjelaskan dahulu bahawa Perundangan Islam telah menjadi suatu realiti hukum yang telah terlaksana dalam masyarakat Islam dari permulaan lahirnya pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah hinggalah ke hari ini. Negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah (622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusia sebagai realiti yang diterima umum. Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor Hamidullah sebagai "The First Written Constitution In The World", telah menjadi kenyataan umum bahawa Islamlah yang memperkenalkan kepada dunia suatu perlembagaan bertulis yang dilaksanakan dalam sebuah negara yang berdaulat.

Perlembagaan tersebut telah menyebut secara terperinci masalah-masalah negara, daripada hak dan tanggungjawab kepada cara penyelesaian masyarakat majmuk, hinggalah kepada persoalan ketua pemerintah dan kuasa yang ada padanya. Semuanya itu terkandung dalam Perlembagaan Madinah. Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendiri meragui kewibawaannya malah banyak yang mempersendakan tentang kemampuannya untuk menyelesaikan masalah negara dan kesesuaiannya dengan zaman. Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikan kemampuannya menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahun pertama Hijrah hinggalah ke hari ini. Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidup baginda di Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda. Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainya hinggalah berterusan ke zaman Daulah Othmaniah. Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki ke tangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah melenyapkan kekuasaan Islam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan undang-undangnya.

Pandangan ini seolah-olah menggambarkan bahawa undang-undang Islam sudah lenyap ditelan zaman. Walaupun pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk bukan lagi mewakili pemerintahan Islam yang hakiki, kerana undang-undang negaranya sudah bukan undang-undang Islam yang dengannya melenyapkan pemerintahan Islam dan undang-undangnya, akan tetapi pemerintahan Islam yang menggunakan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara yang terlaksana, jauh lebih awal dilaksanakan di Saudi Arabia, sebelum kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki. Pemerintahan Islam di Saudi Arabia terus melaksanakan undang-undang Islam hingga ke hari ini pada umumnya. Walau apa pun yang diperkatakan oleh musuh-musuh Islam tentang negara itu, ianya tetap mewakili Negara Islam dalam pelaksanaan hukumnya. Penerusan kewarisan pelaksanaan hukum Islam ke dalam masyarakat Islam melalui kuasa pemerintah terus berkembang subur dalam masyarakat antarabangsa Islam. Beberapa buah negara umat Islam sedang melaksanakan undang-undang itu dalam negara mereka seperti Iran, Pakistan, Sudan, dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sejak dari lahirnya tidak pernah mati malah ada tanda-tanda yang jelas bahawa undang-undang tersebut semakin hari semakin diterima oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam negara masing-masing.

No comments:

Post a Comment