Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Saturday, September 4, 2010

Fahamkah Kita Apa Itu Rukun Negara


Sejak akhir-akhir ini kita pasti akan mendengar lagu-lagu yang menyentuh Rukun Negara akan berkumandang melalui copong-copong radio, televisyen dan lain-laib media elektronik. Mula-mula dengar rasa janggal jugak tapi kalau difikir secara waras, sememangnya Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia (tak termasuk Pendatang Tanpa Izin yang cuba nak dapatkan status PR). Namun tahukah kita apakah rukun negara itu sebenarnya?Apabila pertanyaan tersebut diajukan jawapan yang pasti kita dapat ialah “rukun negara ada lima perkara”. Baguslah at least mereka tahu daripada tak tahu langsung.

Kalau kita kaji secara mendalam, Rukun Negara bukanlah setakat merujuk kepada lima teras seperti yang dinyanyikan itu atau seperti yang ditunjukkan melalui media elektronik sahaja. Lima perkara yang kita sebutkan itu adalah prinsip-prinsipnya sahaja dan Rukun Negaera sebenarnya merupakan satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Latar Belakang

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Rukun Negara adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakuran negara Malaysia. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu – perbalahan antara etnik pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN).

Objektif Rukun Negara

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut:-
· Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
· Untuk memelihara cara hidup demokratik
· Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama
· Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; dan
· Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

· Kepercayaan kepada tuhan
· Kesetiaan kepada raja dan negara
· Keluhuran perlembagaan
· Kedaulatan undang-undang
· Kesopanan dan kesusilaan

Strategi Mencapai Objektif Rukun Negara

· Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara / Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada tahun
1971
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam program agensi-agensi kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
· Memasukkan unsur-unsur rukun negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi
pengajian tinggi
· Menyebatikan prinsip-prinsip rukun negara ke dalam peraturan pertubuhan dan dan ikrar
rasmi; dan
· Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974.

No comments:

Post a Comment