Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Friday, July 30, 2010

Coretan Buat Generasi Baru



Kisah kekejaman pengganas komunis dan perjuangan Angkatan Tentera Malaysia menghapuskan aktiviti-aktiviti pengganas dan ideologi songsang ini sejak zaman darurat (1948-1960) hingga ke tahun 1989 masih mampu diingati oleh generasi tua. Kalau dulu kita akan dipertontonkan dengan filem Bukit Kepong, Prebet Lapok serta drama-drama tentang pengganas komunis, ianya tidak lain bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan sejarah hitam negara sebelum menikmati kedamaian yang wujud sekarang. Namun demikian dewasa ini filem-filem sedemikian kurang dihasilkan malah jarang dipaparkan kerana ada yang berpendapat ianya akan memberi kesan negatif terhadap kesatuan rakyat Malaysia kerana menggambarkan kaum Cina sahaja yang bersifat negatif, yakni menjadi petualang negara (komunis). Secara tidak langsung menyebabkan generasi muda mula lupa dan menganggap ia 'perkara kecil dan remeh' dan perlu dimaafkan. Hanya mereka yang melibatkan diri dalam angkatan tentera sahaja yang akan disedarkan dengan sejarah sebegini, itupun hanyalah sekadar mendengar cerita dari penglipur-penglipur yang bakal bergelar pesara.

Walau bagaimanapun, bagi generasi yang lahir di era 1950-1970-an, kisah keganasan komunis di Tanah Melayu yang membawa kepada kehidupan dalam keadaan darurat sudah sebati dalam minda dan sukar dilupakan. Amat sukar untuk mereka menerima mana-mana individu yang dikaitkan dengan komunis. Walaupun ada bekas ahli Parti Komunis Malaya yang mendabik dada mengatakan mereka juga adalah pejuang kemerdekaan, tetapi tidak perlu kita bertegang leher atau bertekak untuk mengutarakan sebaliknya. Sejarah telah membuktikan siapa pejuang siapa petualang.

Namun demikian, agak menyedihkan apabila wujud generasi baru yang buta sejarah. Ini dapat kita perhatikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dimana wujud beberapa individu dilihat seolah-olah hilang pedoman dan kata-kata untuk memikat penyokong yang telah beralih 'kasih'. Bertindak untuk membawa pulang pertualang nombor satu negara sekaligus menghiris hati dan perasaan ashkar-ashkar tua yang bermandi darah di medan perang. Apakah motifnya berjuang untuk orang yang telah tewas dalam perjuangannya. Mengapa tidak berjuang untuk membela rakyat Malaysia yang patut dibela dengan sewajarnya.

Keresahan bertambah apabila dewasa ini wujud ideologi sesat yang dipelopori Karl Marx melalui blog-blog yang pro-komunis, mereka menjustifikasikan perjuangan komunis sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan. Bagi kami generasi muda, jasa pejuang yang gugur di dalam Peristiwa Bukit Kepong dan pengorbanan ashkar-ashkar Melayu melawan komunis perlu dihargai kerana tanpa pengorbanan mereka kita tidak mampu untuk hidup seperti sekarang. Darah, nyawa dan jasad mereka yang gugur diperbatasan tidak mampu kita bayar dengan wang ringgit.

Bulan Ogos merupakan bulan keramat bagi kita rakyat Malaysia. Marilah kita sambut bulan kemerdekaan ini dengan satu semangat Kekalkan Kedamaian. Janganlah kita robohkan kesejahteraan yang telah kita kwecapi selama ini hasil titik peluh dan pengorbanan mereka yang terdahulu. Hargailah jasa dan pengorbanan para perajurit negara.

No comments:

Post a Comment