Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Tuesday, July 27, 2010

Anak Yatim Piatu


Setiap insan yang dilahirkan kedunia mahukan kesempurnaan baik dari segi lahiriah mahupun batiniah. Pun begitu kekuasaan Allah Subha Nahuwataala tiada siapa yang dapat menduga. Setiap kejadian itu pasti bersebab dan apa yang ingin saya bincangkan disini ialah perihal insan malang yang tidak pernah merasai kasih sayang ibu dan ayah. Insan yang bergelar Yatim-Piatu. Terdapat berbagai ayat yang menceritakan perihal anak-anak yatim-piatu dan salah satu darinya ialah menerusi Surah Al Maun Ayat 1 – 3 befirman:

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Yaitu orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.”

Jika dipantau secara teliti, terdapat berbagai kategori anak-anak yatim-piatu di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menyentuh kategori tersebut kerana ianya agak sensitif. Walau apa pun alasannya, walau apa pun kategori mereka, yang pentingnya mereka adalah makhluk ciptaan Allah Subha Nahuwataala. Insan yang lahir sama seperti manusia lain dan berhak memperolhi apa jua yang dimiliki oleh kanak-kanak lain. Mereka tidak pinta untuk dilahirkan ke dunia.

Saya agak terkilan kerana rata-rata kita ketahui golongan Istimewa ini sering dikatakan mendapat insentif istimewa dari pemerintah serta pihak-pihak tertentu sebagaimana yang diwar-warkan melalui media cetak mahupun elektronik. Walau bagaimanapun agak memushkilkan apabila saya lihat disekitar bandar-bandar masih banyak, golongan anak-anak yatim-piatu yang berpersatuan meminta sedekah dan memohon derma rayuan!!!! Apa semua ni!!!

Kalau kita sanggup bergolok-bergadai menyedekahkan puluhan juta untuk Hulu Selangor..untuk Sibu..dan yang terkini beberapa hektar tanah diberikan secara percuma untuk sekola-sekolah Cina di Perak dengan alasan “kesian mereka..mereka tak cukup duit nak makan..tak cukup duit nak tampung perbelanjaan sekolah”..so kenapa tak buat perkara yang sama dengan pertubuhan anak-anak yatim-piatu di Malaysia ni.. Yang menyedihkan lagi ialah apabila terdapat beberapa pihak yang mengeksploitasi golongan anak-anak yatim-piatu yang teraniaya ini untuk mengisis kantong poket mereka sendiri.

Cukuplah!!! Kasihanilah mereka, cuba letakkan diri kita ditempat mereka atau cuba andaikan anak-anak kita jadi mereka disebabkan ketiadaan kita. Berilah mereka peluang hidup bahagia dan sempurna sebagaimana yang diperlehi oleh kanak-kanak lain. Cuba kita renungi lirik lagu berikut:


P. Ramlee / S Sudarmaji


Tolonglah Kami


Tolong kami bantu kami

Anak-anak yatim piatu

Hidup kami dalam dunia

Tak berbapa tak beribu


Aduhai insan-insani tolonglah kami

Allah akan beri rahmat

Dari dunia ke akhirat


Tolong kami bantu kami

Anak-anak yatim piatu

Kalau tuan hati mulia

Bantu kami yatim piatu

Agar dapat kami rasa

Nikmat hidup di dunia


Seperti anak yang punya ibu dan bapa

Allah tidak akan lupa

Pada orang yang menderma

Kalau tuan hati mulia

Bantu kami dengan rela

2 comments:

  1. teringat kisah team Paralimpik Malaysia minta dana bantuan dari masyarakat utk pembangunan sukan mereka..Pada tahun 1999.
    Pada waktu itu, saya terfikir..mereka dikatakan sebagai 'Golongan Istimewa'..Tetapi, persoalannya, adakah mereka istimewa?
    Alhamdulillah.sekarang..pihak berwajib telahpun meluluskan projek jutaan ringgit utk membangunkan kompleks sukan Paralimpik di Pandan Indah kalau xsilap..


    p/s: Bapak marah?? Kalo marah nnt kena jual-Tribute to 3 Abdul

    ReplyDelete
  2. Itulah lumrah kita...si capek kita persendakan, tanpa kita rasa prihatin akan nasib yang menimpa mereka

    ReplyDelete