Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Sunday, August 1, 2010

Tahukah Anda Bahagian 3

RANCANGAN BRIGGS

1. Rancangan ini dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950
• Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
• Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke
kawasan penempatan baru
• Digelar ‘kampung baru’
• Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
• Tujuan – menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis
• Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di Tanah Melayu apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
• Min Yuen – ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya untuk memberi maklumat, bekalkan makanan & ubat kepada pengganas komunis
• Anggotan Min Yuen – pekerja lombong & ladang

2. Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
• Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu
• Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan
kesihatan, bekalan elektrik & air paip
• Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
• Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
• Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
• Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak
komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat
• Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
• MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina & menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
• Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru

3. Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Perkampungan Baru
i. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
• Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
• Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
• Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

ii. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
• Tujuan – mengawal pergerakan penduduk
• Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

4. Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
• Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan Parti Komunis Malaya
• Sokongan terhadap Parti Komunis Malaya semakin merosot
• Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, Parti Komunis Malaya mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
• Parti Komunis Malaya berundur ke selatan Thailand

5. Gerak Saraf Dan Perang Saraf
• Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen
“memenangi hati & fikiran rakyat”
• Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu & Pengarah Gerakan
• Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh
komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
• Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

6. Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
• Dilaksanakan dengan jayanya
• Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
• Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
• Risalah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu
• Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
• Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih”
• Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
• Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
• Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
• Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan
• Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
• Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
• Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara Tanah Melayu
• Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
• Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
• Antara contohnya ialah;
• Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
• Chin Peng merupakan Setiausaha Parti Komunis Malaya yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua
• Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
• Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
• Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis
• Antara contohnya ialah;
• Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
• Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
• Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di Tanah Melayu
• Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
• Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
• Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

No comments:

Post a Comment