Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Monday, August 2, 2010

Tahukah Anda Bahagian Akhir

WINNING HEART AND MIND

1. Pengampunan Beramai-Ramai
• Tujuan – menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
• Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
bahasa Cina, Melayu & Tamil
• setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
• Poster ditampal di serata tempat
• Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

2. Pertemuan Baling
• Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan
mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat
• Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
• Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk
mengadakan rundingan
• Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
• Rundingan ini diwakili oleh;
• Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu – Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock
• Wakil Parti Komunis Malaya – Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin
• Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan Parti Komunis Malaya, meletak senjata & menyerah diri
• Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu Parti Komunis Malaya hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti politik yang sah
• Hasilnya – pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
• Chin Peng menegaskan ideologi komunis tidak akan hilang

3. Kenapa Tunku Abdul Rahman Tidak Bersetuju:
• Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
• Beliau sedia berunding dengan Parti Komunis Malaya pada bila2 masa jika Parti Komunis Malaya berubah fikiran
• Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi
• Apabila Tanah Melayu merdeka pengaruh komunis semakin merosot
• Tanah Melayu bukanlah sebuah negara komunis

KESAN DARURAT

1. Kesan Terhadap Politik
i. Undang2 Darurat 1948
• Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
• Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen

ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
• Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
• Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
• Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu
• Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
• Tujuan British – supaya Parti Komunis Malaya tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka

iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
• Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
• Antara kesan-kesannya ialah;
• Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis
• Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

2. Kesan Terhadap Ekonomi
i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
• Keganasan Parti Komunis Malaya secara berterusan menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
• Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam akibat sabotaj oleh Parti Komunis Malaya

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
• Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
• Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
• Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
• Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan, memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
• Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat
• Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
• Antara kesannya ialah pembangunan luar bandar kurang diberi perhatian

3. Kesan Terhadap Sosial
i. Kecederaan & Kematian
• Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban
• Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah;
• Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera
• Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
• Peperangan menentang pengganas komunis berlangsung selama 12 tahun
• Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu
• Antaranya ialah;
• Penduduk sukar bergerak
• Sukar mendapat bekalan makanan
• Terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan kerajaan
• Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
• Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
• Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

iii. Masalah Hubungan Kaum
• Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu
• Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
• Ianya bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
• Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri
• Ianya bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air di kalangan generasi muda
• Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum

No comments:

Post a Comment