Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Tuesday, July 20, 2010

13 Mei 1969 Bahagian 3

Persepsi Yang Sukar Diubah

Kalangan orang Melayu sememangnya mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan kepada mereka adalah hasil pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina bukan sahaja disebabkan oleh insiden 13 Mei, akan tetapi juga disebabkan orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga (Komunis) yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara Komunis China. Walau bagaimanapun pada tahun 2007, sebuah buku berjudul “May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969” yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas Ahli Parlimen Kua Kia Soong telah mengulas bahawa berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" yang mengecap UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman. Walau apapun ceritanya, yang pasti kita perlu lihat dan kaji siapakah penulisnya.

Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Melalui sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah Undang-undang Tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sesetangah orang Melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku. Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP. Walaupun peristiwa tersebut telah 33 tahun berlalu, namun kesannya masih dapat dirasakan sehingga ke hari ini dan sikap tidak percaya terhadap kaum Cina masih menebal dan pasti akan menebal sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment