Peperangan yang kedua bermula dengan kebangkitan awal yang memberi sedikit kesan kepada ketenteraan dan politik, juga kesan yang besar terhadap keagamaan yang sejarah. Pada tahun 680 (61 Hirah), Husin anak Ali (cucu Rasulullah) memimpin satu pemberontakan terhadap kuasa Ummayyah. Pada 10 Muharram di Karbala, Iraq, Husin bersama keluarga dan para pengikutnya bertemu dengan tentera-tentera Umayyah. Mereka ditentang dan dibunuh. Berdasarkan sejarah lama, sebanyak 70 orang menjadi mangsa pertempuran dan yang terselamat hanya seorang anak kecil yang sakit terlantar di khemah. Anak kepada Husin itu, Ali (Zain Al-Abbidin) telah menceritakan tentang pertempuran tersebut. Tragedi yang dramatik ini memberikan satu semangat baru kepada pergerakan Syi'ah bertemakan pengorbanan, kesilapan dan penebusan semula maruah mereka.Darah mangsa yang tumpah di Karbala menjadikan Syi'ah daripada sebuah parti kepada mazhab, daripada sebuah puak kepada agama.
Prestasi pemerintahan dinasti Bani Umayyah menjadi semakin menurun selepas kejaBagindan pertempuran dengan puak Syi'ah. Namun dinasti tersebut bangkit semula dengan perlantikan Khalifah Abdul Al-Malik yang telah mengembali dan mengukuhkan semula prinsip monarki. Namun akhirnya Bani Umayyah telah jatuh kepada Bani Abbasiyyah pada tahun 750 selepas perang sivil yang ketiga atau dikenali juga sebagai Revolusi Abbasiyyah. Bani Abbasiyyah ialah golongan dari keturunan Nabi Nabi Muhammad s.a.w juga. Ini adalah revolusi terbesar yang telah membawa perubahan terhadap tampuk pemerintahan dan perpindahan pusat pentadbiran daripada Syria ke Iraq.Khalifahnya yang pertama ialah Abu Al-Abbas al-Saffah. Namun begitu, pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Baghdad oleh khalifah yang kedua, Abu Ja'afar al-Mansur.Baghdad telah menjadi sebuah kota yang hebat yang diBagindami oleh penduduk Islam dari pelbagai bangsa tetapi masih menggunakan bahasa Arab sebagi medium utama dalam komunikasi dan Islam sebagai ikatan dan lambang identiti mereka.
Perang sivil yang keempat berlaku selepas kematian Khalifah Harun Al-Rashid pada 809 (194 Hijrah), di antara anaknya Al-Amin dan Al-Ma'mum. Kerajaan ini berakhir pada 1258 selepas pemerintahan oleh 37 orang khalifah mengikut sistem warisan seperti Bani Umayyah juga. Kerajaan ini telah jatuh kepada tentera Mongol. Namun begitu sebuah kerajaan baru iaitu Mamluk telah wujud daripada cabang kerajaan Bani Abbasiyyah, yang memerintah semenjak 1261 M hingga 1517 M.
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

No comments:
Post a Comment