Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Thursday, July 22, 2010

Sejarah Kegemilangan Islam Bahagian 3

Tertubuhnya Sebuah Negara Islam

Perkataan Islam biasanya difahami oleh umat Islam dan orang lain sebagai menyerah diri, beriman kepada Allah. Seorang Muslim bermaksud seorang yang melaksanakan tanggungjawab untuk menyerah diri kepada Allah.Umat Islam dalam konteks ini adalah seseorang yang menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah yang satu bukan menyembah pelbagai tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat Jahiliyyah di Makkah sebelum kedatangan Islam.

Islam adalah agama yang syumul iaitu lengkap dan menyeluruh. Dari segi aspek sejarah, ia mungkin dilihat sebagai satu permulaan, asas kepada agama, empayar dan tamadun baru. Terdapat satu sebab penting yang perlu dihormati iaitu tugas Nabi Muhammad s.a.w berbeza daripada Isa dan nabi-nabi yang lain yang hanya berperanan pada zaman mereka sahaja. Pada mulanya, Nabi Muhammad s.a.w juga sedemikian, seperti utusan-utusan Allah yang lain, sebagai pengajar yang rendah diri dan menekankan tentang keagamaan. Tetapi selain dari pejuang agama, Baginda juga telah mencapai kemuliaan yang tinggi.

Melalui aktiviti-aktiviti oleh Nabi Nabi Muhammad s.a.w S.A.W, Islam telah dilibatkan dengan politik sejak awal lagi. Umat Islam Madinah bukan sekadar satu kelompok masyarakat, tetapi juga sebuah negara. Peristiwa-peristiwa berikutnya menjadikan kelompok tersebut sebagai satu pusat bagi sebuah empayar. Pada pandangan Islam, semua kedaulatan adalah milik Allah yang menurunkan kuasa dan undang-undang kepada para nabi. Nabi Nabi Muhammad s.a.w S.A.W adalah pembawa wahyu Allah. Pentadbir mengikut matlamat Tuhan, wakil Tuhan untuk golongan yang beriman dengan-Nya. Nabi Isa A.S. telah mengarahkan orang-orang Kristian untuk taat dengan perintah Tuhan dan mematuhi pemerintah dengan apa yang Baginda arahkan. Selama tiga abad arahan dan penekanan ini dipegang oleh mereka. Pemisahan antara keduanya diteruskan dan sebati dalam fahaman dan perbuatan mereka. Penganut Agama Kristian telah mencipta sendiri struktur institusi yang terasing daripada negara yang dikenali sebagai Gereja.

Kristian Dengan Undang-Undang Dan Hierarki Tersendiri

Perubahan besar telah datang dengan pertentangan kepada agama Kristian di Konstatin, kerajaan Roman dan permulaan kepada hubungan yang rumit di antara gereja dengan kerajaan. Pemisahan antara dua kuasa ini tidak wujud langsung dalam Islam. Perkataan seperti sekular, agama, keagamaan dan duniawi tidak wujud dalam istilah Arab terdahulu. Di Rome, pemerintah adalah Tuhan, di negara-negara Kristian, Tuhan dan pemerintah berkongsi kuasa. Walau bagaimanapun perbezaan di dalam Islam ialah, Tuhan adalah Pencipta, Pemerintah Tertinggi dan pemimpin atau ketua dalam sesebuah komuniti adalah khalifah.

Nabi Muhammaad s.a.w. telah menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Rakyat mendapat hak dan perlindungan yang adil dan saksama. Sebuah piagam juga dibentuk dan dikenali sebagai Piagam Madinah (Sahifah Madinah). Piagam ini bertujuan untuk melahirkan sebuah badan pemerintahan Islam yang mantap dari segi keadilan, kestabilan dan dapat mencapai kemajuan yang dikehendaki. Ia merujuk kepada kanun, piagam atau atau perjanjian bertulis tentang hak dan tanggungjawab pemerintah dengan rakyat di bawah pemerintahannya. Piagam ini melibatkan hubungan sesama Islam iaitu Muhajirin dan Ansar, dan juga hubungan antara orang Islam dan bukan Islam termasuk Yahudi. Piagam menggariskan beberapa prinsip umum mengenai masyarakat dan negara Islam mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Umat Islam telah berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 M/ 9 Hijrah. Seramai 10 000 orang umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah telah berjaya memasuki dan memusnahkan sebanyak 360 berhala di sekitar Kaabah. Madinah menjadi semakin maju dan kukuh dari ekonomi mahupun ketenteraan.

Apabila wafatnya Nabi Nabi Muhammad s.a.w, ajaran dan misi kenabian Baginda telah disempurnakan. Maka selesailah tugas yang diberikan kepada Baginda supaya mengembalikan semula kepercayaan kepada Allah yang satu . Kepercayaan ini seperti yang diseru oleh nabi-nabi sebelum ini tetapi telah diseleweng dan dimusnahkan. Baginda juga bertanggungjawab untuk membasmi penyembahan berhala, memperkenalkan wahyu Allah, menanamkan kepercayaan yang benar dan undang-undang Allah. Semuanya dilaksanakan oleh Baginda semasa hidupnya. Dalam kepercayaan Islam, Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terakhir. Apabila Baginda wafat pada 632 M, wahyu daripada Allah kepada manusia telah sempurna lengkap. Tidak mungkin wujud lagi nabi dan sambungan kepada wahyu tersebut. Walaupun begitu, fungsi keagamaan tetap kekal dan mempertahankan perundangan Islam serta disebarkan kepada seluruh manusia. Ciri-ciri keagamaan juga diperlukan dalam politik, kuasa ketenteraan dan kedaulatan sebuah negara.

No comments:

Post a Comment