Angka 13 Mei semestinya akan mengingatkan kita terhadap peristiwa pada tahun 1969. Satu tarikh keramat bagi sesetengah pihak manakala tidak pula yang berpendapat satu palit hitam dalam sejarah Tanah Melayu di mana tercetusnya rusuhan kaum yang dasyat sekaligus mencerminkan masalah perpaduan di Tanah Melayu. Tragedi yang mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda orang awam.
Kata Tok Selampit
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan perihal Bangsa Melayu, Bahasa Melayu, Hak Istimewa (Malay Supremacy), orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969 dengan cara berarak. Perarakan yang dikepalai oleh Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan yang telah menang besar di kawasan Batu, Selangor telah mendapat kebenaran polis untuk berarak di sekitar jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO dan terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Kaum Cina telah melontar penghinaan dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka dengan aksi mereka menyapu bersih kawasan tersebut kerusi sambil melaungkan kata-kata penghinaan. Penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur, lebih menyakitkan ada yang melaungkan kata-kata “Hoii Melayu keluar..Cina mahu masuk!” dan tidak kurang pula yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Insiden ini telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Asalnya Nak Arak Cina Mati
Di Jinjang, Kepong, perarakan bagi mengiringi kematian seorang Cina akibat sakit tua telah bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya oleh puak Cina dan sekali lagi insiden menghina Melayu berlaku. Pada hari Selasa 13 Mei, Presiden Gerakan, Yeoh Tech Chye yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan, tapi nasi sudah jadi bubur, permohonan maaf sudah terlambat.
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
No comments:
Post a Comment