Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berusia 40 tahun. Sejarah Islam yang lama telah menceritakan bahawa pada satu malam dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibril telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa Baginda sedang tidur dalam sebuah gua bernama Hira' dan berkata: "Bacalah!" Nabi Muhammad s.a.w berasa keberatan dan sebanyak 3 kali Malaikat tersebut hampir merimaskan Nabi Muhammad s.a.w sehingga Baginda berkata: "Apa yang hendak dibaca!" KemuBagindan malaikat berkata: "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Baginda telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Baginda yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya".
Ini ialah perkataan Arab yang bermaksud "bacalah", dan digunakan untuk menggambarkan kitab yang mengandungi wahyu-wahyu yang dipercayai oleh umat Islam bahawa diturunkan oleh Allah untuk Nabi Muhammad s.a.w . Selepas wahyu yang pertama, Nabi Muhammad s.a.w menerima banyak lagi wahyu, yang kemuBagindannya disebarkan kepada para penduduk di tempat kelahirannya. Baginda mendesak mereka untuk membuang kepercayaan dan perbuatan mereka menyembah berhala-berhala dan mempercayai Tuhan yang yang esa dan universal.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di sebuah kawasan lembah di Makkah yang bernama Hijjaz di Barat Arab pada tahun 571 M. Pada ketika itu, semenanjung Arab berada pada margin dunia yang bertamadun, iaitu empayar Bezantin dan Parsi tetapi tidak mengarah kepada keduanya. Di bahagian barat daya, kawasannya adalah lembah yang subur, pertanian dan pembandaran membangun sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, bahagian yang paling penting di Tanah Arab termasuk tanah gurun yang gersang, dilegakan dengan kolam-kolam air dan dilintasi dengan beberapa jalan untuk kafilah-kafilah. Kebanyakan populasi di sana ialah golongan nomad yang memelihara binatang ternakan, menyerang kaum yang bersaing dan penduduk di kawasan lembah dan sempadan kawasan mereka. Sesetengahnya hidup dengan bercucuk tanam, di beberapa kawasan yang sesuai. Ada juga yang menjalankan aktiviti perdagangan apabila terdapat acara-acara di luar kawasan yang menyedarkan tentang minat dalam laluan perdagangan trans-Arabian. Terjadinya semula konflik antara Byzantium dan Parsi, sikap angkuh sesama kaum di Timur Tengah., selepas lebih satu abad dalam keadaab aman, tiba masanya kedua empayar menjadi sangat aktif dalam dan berhampiran Arab semasa abad ke-6. Beberapa bandar kecil terletak dalam kesesakan yang berlalu melepasi Arab, antara dunia Mediterranean dan Timur. Satu daripada bandar-bandar ini ialah Makkah, asalnya ditubuhkan oleh orang Arab selatan, kemuBagindan diBagindami oleh kaum Arab berbangsa Quraisy.
Penduduk-penduduk semenanjung Arab mempunyai literasi bahasa yang biasa dan kaya dengan puisi-puisi, yang membantu mereka membina identiti mereka. Tetapi mereka tidak mempunyai peraturan politik sendiri dan kepercayaan mereka tentang agama masih keliru, menyembah banyak tuhan yang mereka percaya berada di bawah suatu kuasa yang agung dipanggil Allah. Mereka diperkenalkan dengan agama-agama lain, terdapat koloni Kristian dan Yahudi. Sesetengah orang Arab bertukar agama seperti agama mereka. Selebihnya menjadi tidak puashati dengan penyembahan berhala oleh kaum mereka tetapi mereka tidak juga berpuashati dengan kepercayaan Kristian dan Yahudi. Mereka dikenali secara tradisi Arab sebagai Hanif.
Seruan Nabi Muhammad s.a.w di Makkah mula mendapat perhatian, pada mulanya dari kaum keluarganya sendiri, kemuBagindan menjadi kumpulan yang lebih luas. Selepas beberapa lama, mereka mendapat penentangan daripada kaum mereka yang mendakwa bahawa Nabi Muhammad s.a.w membawa seruan yang menentang kepercayaan dan minat mereka.Tekanan dalam pelbagai bentuk dan penyiksaan secara fizikal digunakan ke atas pengikut-pengikut Nabi Muhammad s.a.w untuk melemahkan pegangan mereka. Hubungan antara Nabi Nabi Muhammad s.a.w dan penduduk setempat menjadi semakin buruk sehingga sesetengah pengikutnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Ethiopia.
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
No comments:
Post a Comment