Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Wednesday, July 14, 2010
Dahulu Dan Sekarang
Bila saya balik kampung samada untuk weekend mahupun bercuti saya pasti akan melintasi Kg Banggol (ikut Taman Sabariah pun boleh), mungkin agak sedikit jauh tapi banyak memori daun pisang saya dok terlekat kat Kg Banggol tu. Banyak bezanya kalau nak di bandingkan dahulu dan sekarang. Dulu ada Kedai Kopi Poke (Tauke Poke), ada Pasar Banggol, ada kedai nasi lemak dan berlauk Minah Ali, Kasi Kapit Satay, Tepong Boko, Pulut Panggang, ada Mee Mak Su Bah, ada kedai runcit Mek Ayah (isteri Tauke Poke), Air Batu Kacang Mek Nak (depan kedai kopi Poke). Walau bagaimanapun sekarang dah tak ada semua tu. Kedai Banggol sudah mati. Tidak dapat dinafikan bahawasanya dunia semakin maju dan moden, begitu juga dengan kawasan Banggol. Namun demikian, kita boleh lihat banyak kerugian yang timbul hasil dari kemajuan tersebut. Kalau dulu kita boleh tengok cina-melayu bergaul, berbual, melawak..sekarang dah kurang. Kalau dulu bila para suri rumah, makcik-makcik pergi pasar akan bersua dan menjual maklumat-maklumat orang lain, sekarang ni dah tak ada. Apa yang mereka umpatkan itu mungkin negetif tapi kalau difikirkan secara popsitif ada baiknya, setidak-tidaknya konsep ambil tahu keadaan sekeliling wujud. Tapi ye lah..untuk mengembalikan situasi tersebut mungkin tidak akan berlaku lagi sebab golongan tua dah tak ada, golongan muda semua dah berhijrah keluar. Walau bagaimanapun ianya satu memori manis buat saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment