Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Thursday, September 9, 2010

Komen Terhadap Kickdefella

Saya amat tertarik dengan komen Kickdefella bertajuk “Mungkin Aidil Fitri Kali Ini Adalah Aidil Fitri Terakhir Bagi Kita”. Statement yang beliau keluarkan adalah seperti berikut : “Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya. Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu. Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus. Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.”

Pada hemat saya, apa yang cuba di sampaikan oleh Tok Syed (panggilan waktu sekolah dulu…we are at the same school and the same class actually) tu ada kebenarannya. Walau bagaimanapun saya rasa kita tak bolehlah nak tudingkan jari pada sebelah pihak sahaja. Kita kena be fair dalam aspek ini, UMNO tak boleh nak tunjuk keras kepala, PAS kena fikir rational dan yang paling penting ni si PKR cukup-cukuplah dengan agenda peribadi tu. Cuba renung kembali sejarah silam Tanah Melayu, bermula dari Kerajaan Melaka, Perak, Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan, semuanya berpunca dari sikap tamak haloba masing-masing. Peristiwa 13 Mei 1969, sepatutnya kita jadikan satu pengajaran terbaik. Tapi yang peliknya, orang melayu kita sememangnya tak pernah serik dan tak pernah menghargai sejarah dan yang amat saya kecewa ialah mereka yang saya maksudkan ialah dari golongan pembesar-pembesar Negara.

No comments:

Post a Comment