Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Wednesday, August 18, 2010

I.S.A Perlu Dikekalkan Demi Kesejahteraan Negara - Bahagian Akhir

Perhimpunan Memansuhkan ISA

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. Ianya melibatkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun. Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa telah menyokong dan menegaskan pendirian menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut.

Penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini telah mendapat perhatian antaranya ialah Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk. Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.

Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.

Kesan Dari Perhimpunan Mansuhkan ISA

1. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara pada 1 Ogos baru-baru ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.

2. Perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ, kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram.

3. Peniaga telah mengalami kerugian yang besar dengan penutupan premis peniagaan mereka semasa perhimpunan diadakan dan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

4. Demonstrasi di tempat-tempat terbuka akan mengundang media antarabangsa membuat liputan negatif dan menyiarkan berita tersebut berulang kali.

5. Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara.
6. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Kesimpulan

• Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu.

• Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan.

• Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata.

• Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi.

• Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara.

• Pihak yang menganjurkan perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

• Sekiranya didapati pemimpin pembangkang menjadi tulang belakang kekecohan dalam perhimpunan haram baru-baru ini, tindakan yang tegas perlu diambil mengikut saluran undang-undang yang ada.

• Adalah sukar difahami pihak-pihak tertentu di kalangan masyarakat Cina yang menentang ISA, sedangkan majoriti tahanan ISA adalah kaum Melayu yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis.

• Dalam demonstrasi menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah kaum Melayu dan amat sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum Cina tidak mempunyai sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi atau politik.

• Semua negara mengamalkan penahanan tanpa bicara tetapi yang berbeza adalah tempoh tahanan, jadi tempoh tahanan adalah satu aspek yang akan diteliti dalam kajian semua ISA.

• Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment