Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Friday, October 8, 2010

SIAPA SEBENARNYA RACIST

Dah lama saya nak keluarkan artikel ni, namun saya masih bersabar taku dituduh sebagai RACIST Tahap 1. Tapi bila saya teliti dan kaji sehalus-halusnya dan bila membuat penyelidikan serta siasatan sendiri, saya rasa saya perlu keluarkan artikel ini agar kita orang Melayu, Anak Melayu Jati yang lahir di Tanah Melayu tahu akan kedudukan kita dan menggunakan akal dalam membuat sesuatu penilaian. Saya ingin mengajak semua warga meneliti kes berikut:

1. Assistant Director National Civics Bureau (BTN) - Hamim Husin dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, dan kesemua pihak pembangkang menyelar beliau denga teruk sekali, he was treat like a first degree murderer. Pemimpin Cina terutamanya pembangkang menyaran agar program BTN juga turut disiasat dan Hamim perlu dibuang kerja.

2. 23 Sept 2010, seminggu sebelum Aidil Fitri. Sekumpulan remaja India telah mengganggu, meraba dan cuba mencabul kehormatan seorang gadis Melayu. Beberapa orang remaja Melayu segera menyelamatkan gadis Melayu yang meminta pertolongan daripada orang ramai. Kejadian berlaku tidak jauh dari sebuah kedai makan di Lunas, Kulim, Kedah. Remaja-remaja India berkenaan bagaimanapun meminta maaf dan berlalu. Bagaimanapun pada pukul 1.45 pagi, tidak kurang 30 buah motosikal yang dibonceng oleh remaja-remaja India muncul semula. Mereka bersenjatakan parang, kayu dan besi. Destinasi mereka adalah ke kedai makan milik seorang lelaki tua Melayu. Apa yang berlaku seterusnya bagaikan sebuah drama Tamil. Dua orang lelaki Melayu yang sudah berusia menjadi mangsa. Salah seorang daripada mereka, putus urat tangan. Seorang lagi menerima 12 jahitan akibat luka di kepala. Beberapa orang kanak-kanak kecil yang berusia 4-6 tahun diterajang oleh samseng-samseng India tersebut.
Kes, walaupun telah diaporkan kepada pihak polis. Hasilnya, daripada lebih 50 orang remaja India yang merusuh, mencedera dan merosakkan harta awam, hanya 4 orang yang berjaya ditangkap dan yang sedihnya dibebaskan selepas dijamin. Apa yang peliknya, sebuah media pun tidak hebohkan berkaitan insiden ini.

3. “Facebook Melayu Babi”, Laman itu menggunakan gambar babi bagi menggantiakn orang Melayu, bukan setakat bangsa Melayu dihina malah agama Islam turut dipersendakan. Kandungan perbincangan juga banyak menyentuh sensitiviti orang Melayu dan banyak sekali penghinaan dilakukan. Pelbagai pihak telah pun membuat laporan polis namun tiada sebarang tangkapan dibuat. Menyediahkan lagi isu ini tidak diperbesar-besarkan oleh pengamal media dan kerajaan.

4. Wee Meng Chee atau Namewee, DAP dan MCA bertalu-talu menyokong dan membela beliau. Cuba kita imbas semula klip-klip video berbaur perkauman yang dihasilkan oleh Namewee, adakah beliau menyokong gagasan 1Malaysia. Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya. Namewee juga menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.

5. Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat walaupun Perkara 153 secara terang-terangan menjelaskan dan memperincikan Hak Keistimewaan Melayu manakala Dasar Ekonomi Baru DEB dirumuskan oleh kerajaan Tun Abdul Razak sebagai serampang dua mata membasmi kemiskinan orang Melayu dan merapatkan jurang ekonomi orang Melayu. Kenapa? Lihatlah semula sejarah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan jurang yang dibina oleh Inggeris terhadap kaum di Tanah Melayu.

6. Laman blog tilianker.blogspot.commel;alui artikelnya perlaksanaan-hak-keistimewaan-orang melayu, walaupun artiklenya sepintas lalu seolah-olah menyarankan orang Cina agar jangan menyentuh Artikel 153 dan seolah-olah menyokong ilham Najib 1 Malaysia. Namun setelah diteliti secara halus, jelas membuktikan bahawa beliau sebenarnya mempersendakan Melayu dan berupa hasutan. Antara petikannya ialah “Jangan risau. Jangka pendek anda juga perlu bersusah. Jangka panjang tiada ruginya dan mereka yang semakin rugi kalaulah itu yang mereka hendakkan daripada anda semua. Anda semua baka dan zuriat Sun Tzu. Korbankan emas untuk mendapatkan platinium. Itulah strateginya. Atau pinjam pisau untuk membunuh.”

Oleh yang demikian, kalau kita lihat dari fakta-fakta yang diberikan, kita dah boleh agak, siapa sebenarnya yang perlu di tahan, ditangkap, dihukum kerana memulakan segala sentimen. Cuma saya amat sedih, kalau bangsa Melayu yang bangkitkan satu sahaja sentimen, maka mereka akan digelar RACIST, tak sokong 1 Malaysia Najib. Tapi bagaimana pula bila CINA dan INDIA yang buat hal, bangkitkan sesuatu isu, kenapa mereka tak digelar RACIST, kenapa media tak gembar-gemburkan keRACISTsan mereka tu...kenapa takut Projek 1 Malaysia gagal?

Kita kenalah berlaku adil janganlah sampai "Kera di hutan disusukan, anak di kendong mati kebuluran".

No comments:

Post a Comment