Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Thursday, October 7, 2010

Cap Ayam Punya Rosmah



Peribahasa dan perumpamaan Bahasa Melayu kalau kita renung dari sudut ilmiah, banyak yang positifnya dan kesemuanya adalah berbentuk nasihat. Teringat saya salah satu daripadanya ialah “dengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan”, “ibarat menyiram air ke daun keladi”, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Melalui ketiga-tiga peribahasa dan perumpamaan Bahasa Melayu ini saya nak kaitkan dengan satu teladan yang harus kita renungi.

Setiap hari melalui media-media elektronik dan cetak kita akan di sajikan dengan iklan “FIRST LADY SUMMIT” yang akan di adakan pada 11 hingga 13 Oktober nanti dan yang bangsatnya Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang akan menganjurkan sidang kemuncak tersebut, tak habis-habis dok tayang muka Rosmah yang senyum dibuat-buat melayan kanak-kanak. Tindakan Rosmah ni bagi saya sukup bangsat, cukup biadap, tidak sopan, kurang hajar dan sanggup membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Kalau tak salah saya dulu Rosmah pernah dikritik dan ditegur apabila New York Times pada April lalu menyiarkan iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. Kita ingatkan dia ni jenis manusia berfikiran atas kepala, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana. Rupa-rupanya dia buat hal lagi. Kalau kita berkasar karang kita dikatakan melayu biadap, tak mengapa, biar saya yang bercakap dengan Rosmah Mansur. Sya akan beradap sikit kali ni.

Saudari Rosmah Binti Mansur, maaflah saya mengganggu awak sekejap ye. Ni saya nak buat teguran sikit kat awak ni, sebabnya adalah menjadi adab orang Islam kena saling tegur-menegur, dan ianya memang jadi prinsip orang Melayu suka membuat teguran kearah kebaikan. Macam ni Rosmah, kalau awak nak tahu sebenarnya penggunaan istilah ‘WANITA PERTAMA’ aka FIRST LADY dalam Bahas Inggeris, jelas maksudnya dalam Artikel 32, Perlembagaan Negara Malaysia. Tak apalah, kalau Rosmah nak bukak buku tu karang tebal sangat dan kesemuanya dalam Bahasa Inggeris, takut tak faham pulak. Ni saya ada sediakan terjemahan yang telah disahkan oleh Munsyi Dewan Bahasa, Munsyi tu kalau Rosmah nak tahu, mereka ialah Pakar Bahasa Melayu.

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kedudukan Sri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

1. Perkara 32 menyatakan Ketua Utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan dan bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 39 dan 40.

Kalau dah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Utama Persekutuan Tanah Melayu, maka kompomlah Raja Pemaisuri Agong adalah WANITA PERTAMA Negara. Tidak ada mana-mana Perkara atau Artikel yang menyebut Rosmah atau isteri Perdana Menteri sebagai Wanita Pertama ataupun boleh gila kuasa ganti Wanita Pertama. Hormatilah sikit Perlembagaan Negara. Kalau kita tak berapa arif, kita bacalah, kalau kita tak faham Bahasa Inggeris, kita tanyalah pakarnya untuk terjemahan. Ingat agenda penting yang kamu nak bawa tu ialah tentang pembangunan minda kanak-kanak di masa hadapan, janganlah kamu memutar belitkan fakta sejarah dengan kealpaan kamu pulak. Cap Ayam Punya Rosmah.

No comments:

Post a Comment