Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Tuesday, October 5, 2010

Don’t Talk Rubbish. Ada Akal Guna.



Sejak hadirnya kedua-dua buah kapal selam malaysia, berbagai desas-desus, berbagai cerita, berbagai dongeng dan tak kurang berbagai tomahan yang kita boleh dengar. Saya tertarik dengan artikel yang disiarkan oleh penulis bestmanword.blogspot.com yang pada pandangan saya cukup padat maklumatnya. Kalau sayalah, nak bercerita lebih detail pasal kapal selam ni mungkin saya tak berapa pandai, nak cerita macamana proses pembelian atau macamana prosedur kapal selam Kd Tun Razak dan Kd Tunku Abdul Rahman nak menyelam sahih saya tak mempunyai pengetahuan. Cuma saya sebagai anak Melayu jati dan anak Malaysia jati, apa yang saya tahu negara saya dah ada kekuatan askar yang cukup kuat, cukup mantap. Negara saya sudah setaraf dengan negara-negara lain, aset-aset pertahanan dan keanggotaan askar Malaysia cukup untuk mempertahankan tanah air yang saya sayangi ini. Walaupun saya tidak mampu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (biasalah tak cukup inci), namun darah kepahlawanan Tok Janggut masih mengalir di dalam tubuh saya.

Apa yang saya nak komen disini ialah tentang kita sebagai rakyat Malaysia. Saya nak tanya selain daripada askar, berapa ramaikah diantara kita yang pernah tengok kapal selam? Berapa ramaikah diantara kita yang pernah naik kapal selam? Berapa ramaikah diantara kita yang tahu secara detail berkaitan isi-perut kapal selam? Berapa ramaikah diantara kita yang arif pasal kapal selam? Berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar tahu berkaitan perolehan kapal selam? Saya yakin jawapan yang akan kita perolehi ialah “saya pun tak tahu tapi saya dengar...., tapi saya baca......”, kalau inilah jawapannya, baik kita tak payah nak bagi komen yang pedas-pedas, komen yang negatif.

Sedarkah kita betapa kecilnya hati dan perasaan anggota-anggota ATM kita bila kita asyik dok bercakap yang bukan-bukan mengenai mereka. Dimanakah rasa terima kasih kita kepada mereka sebab dengan kewujudan merekalah maka kita boleh tidur lena, kita boleh berniaga, kita boleh hidup senang-lenang. Cuba kita bayangkan kalaulah mereka ni pakat letak senjata, jawabnya huru-haralah negara kita. Merekalah First Line of Defence kita.

Cubalah kita jawab soalan ini selain daripada askar, berapa ramaikah di antara kita yang sanggup menggadai nyawa apabila berlakunya konflik? Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup meredah lautan mengawal perairan negara dan bermain dengan ombak besar sampai-muntah-muntah? Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup tidur dengan nyamuk, agas, cikenit di dalam hutan? Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup terbangkan pesawat malam-malam, pagi-pagi buta semata-mata nak kawal persempadanan negara? Siapa di antara kita yang sanggup gadai nyawa untuk jadi spy-spy, kalau kena tangkap hukumnya bunuh? Saya teramat yakin jawapan yang kita akan perolehi ialah “dah itu kerja mereka..., nak buat macamana itu kerja mereka..ialah, itukan ke kerja mereka, kita pun buat kerja juga..”.

Kepada political masters terutamanya puak pembangkang, fikir-fikir dululah sebelum kalian nak timbulkan sesuatu isu yang melibatkan aspek ketenteraan. Kita dah ada banyak pengalaman dan sejarah telah membuktikan kalau berlaku darurat, orang-orang macam andalah yang pertama sekali angkat kaki lari keluar negara, duduk diam-diam dalam rumah, kunci habis pagar rumah, langsung tak bersuara. Bila dah aman, masing-masing nak tunjuk hero...pigidah...nak buat sesuatu, nak cakap sesuatu guna akal kat atas kepala tu, bukannya kepala lutut. Baik perti pemerintah, baik parti lawan, use your brain and please concern about security matters. Don’t talk rubbish.

2 comments:

  1. Syabas!!!! Saudara. Andalah antara segelintir kecil warga negara ini yg berani menyuarakan pendapat dan pandangan utk mempertahankan dan menyokong kedudukan ATM. Malangnya, posting spt yg saudara dan saya sendiri majukan jarang sekali dapat menarik perhatian dan komen pembaca. Wbp, saya dapati soalan-saoalan yg dimajukan amat bernas. Memang betul, kita tidak dapat lihat secara tangible "return on investment" yg dilaburkan kepada ATM. No cash in return sptmana kementerian-kementerian lain. Tapi sedarkah mereka di luar sana bahawa lenanya mereka tidor tanpa bimbangkan negara diserang atau ditawan ke esokan harinya, bebasnya mereka melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka dan lain-lain lagi adalah ekoran dari penggadaian nyawa warga tentera dan pasokan keselamatan yg lain bagi memeprtahankan kedaulatan dan keselamatan negara serta warganya.

    ReplyDelete
  2. Saya bukannya apa, tetapi kekadang tu kecewa. Bak kata Jeneral memang betul, askar memang tak bagi apa-apa pulangan kewangan kepada negara, tapi wang dua tiga ratus ribu kita boleh cari, tapi apa yang pahlawan-pahlawan kita korbankan ialah darah dan nyawa mereka..itu lebih bernilai dari wang-ringgit. Tengok pengorbanan Leftenan Adnan..Jepun pun respect. Tapi apa yang kita bagi kat dia, Tan Sri, Datuk Sri, Datuk..tapi kalau menyanyi suara serak-serak basah sikit, cun sikit, Tun tan Sri pun boleh dapat..entahlah Jeneral...Bak kata pepartah Dr Mahathir betul "Melayu Mudah Lupa".

    ReplyDelete