Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Wednesday, September 15, 2010

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BENTENG NEGARA









Setiap kali menjelangnya tarikh 16 September, angkatan tentera Malaysia yang merupakan benteng kekuatan dan pertahanan negara ini. Bersempena dengan bulan yang bersejarah ini marilah kita menghayati serta member sedikit ruang penghormatan untuk seluruh warga angkatan tentera Malaysia yang mewakili ketiga-tiga perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara.

Negara kita baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 53 dan kemerdekaan negara mempunyai hubungan yang rapat dengan tugas dan tanggungjawab anggota-anggota angkatan tentera. Anggota tentera dari ketiga-tiga perkhidmatan telah menunjukkan kemajuan yang tinggi dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Daya juang serta semangat berkorban yang tinggi telah ditunjukkan samada diambang kemerdekaan, selepas merdeka dengan ancaman gerakan komunis Malaya sehingga kepada titik hitam 13 Mei yang telah menjadi kestabilan negara terus utuh. Semua ini memperlihatkan tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh tentera kita agar seluruh rakyat negara ini dapat meneruskan hidup dalam keadaan aman selamat dan sejahtera disamping kesucian agama turut terpelihara. Semoga pengorbanan mereka diterima oleh Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 169-170 yang bermaksud :

“ dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur shahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki, (dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati shahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal dibelakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita “

Dalam keadaan negara yang aman damai ini, janganlah kita menganggap bahawa warga tentera kita sudah hilang tanggungjawab mereka. Sebenarnya mereka sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan keseluruh pelusuk negara memastikan keselamatan rakyat terus kekal dan terjamin. Sewajarnya kita tahu dalam keadaan ketenangan kita melangkah ke pejabat, dalam hilai tawa dan kemerdekaan anak-anak kita belajar di sekolah, dalam keseronokan kita berehat di rumah dan tidur nyenyak, sesungguhnya tanpa kita sedari bahawa sebahagian daripada anggota tentera kita berjaga malam, beratapkan langit, bermandikan embun, bertilamkan rumput, jauh dari keasyikan dan kemewahan hidup, sedangkan mereka seperti kita, memiliki keluarga dan ingin sama merasai apa yang orang lain nikmati, namun lantaran tugas dan tanggungjawab mereka tetap akur dengan panggilan pertiwi. Lantaran beberapa insiden yang melibatkan ATM baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan modal oleh masyarakat untuk mempertikaikan kewibawaan anggota tentera.

Angkatan tentera Malaysia, sentiasa peka dan bersedia menghadapi apa juga bentuk peperangan moden yang dijangka lebih hebat dan mencabar. Latihan secara perseorangan dan berkumpulan beroreintasikan peralatan moden seperti komputer dan teknologi maklumat dengan perisian terkini adalah antara latihan yang diberikan keutamaan. Penekanan kepada corak latihan sedemikian diyakini dapat mewujudkan angkatan tentera Malaysia sebagai satu angkatan yang dihormati dan digeruni oleh kawan dan lawan. Usaha sedemikian amat bertepatan dengan arahan Allah subhanahua ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 60
Maksudnya :

“ dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianayai”

Usaha untuk memperkasakan angkatan tentera Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada kemantapan fizikal sahaja, malah turut diperluaskan kepada aspek kepandaian dan kerohanian. Kekuatan rohani merupakan benteng pertahanan yang paling utuh dan kukuh yang mampu menghadapi sebarang ancaman dan serangan. Sebagai satu angkatan yang berpaksikan kepada 'Ad-Din' , angkatan tentera Malaysia tidak boleh memisahkan dirinya dari mengimbau faktor-faktor kekuatan dan kejayaan generasi silam. Said Khatab rahimallah menyatakan bahawa faktor kekuatan umat di zaman silam ialah kerana mereka memiliki 'ruh Al-Islam' yang memancarkan sifat kesanggupan berkorban untuk mati shahid. Ini menunjukkan bahawa iman merupakan faktor terpenting dalam rangka pertahanan ummah. Firman Allah,
Maksudnya :

“ Dan tuhan berfirman lagi sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”

Kepercayaan yang padu kepada Allah subhanahua ta'ala serta penyerahan diri yang total kepadanya merupakan prasyarat untuk mendapat pertolongan Allah rabbuljalil sebagaimana firmannya di dalam surah Al-Imran ayat 160 yang bermaksud :

“ Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah menetapkan yang demikian ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”

Sesungguhnya kesanggupan anggota-anggota angkatan tentera memikul amanah sebagai benteng pertahanan negara amatlah berat. Mereka memerlukan ketabahan, kesabaran, kesetiaan dan bersedia pula untuk menanggung apa-apa risiko. Oleh itu sewajarnya masyarakat amat menyatakan syukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera kerana telah berkesanggupan untuk memikul tuntutan fardhu kifayah dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara. Bagi menzahirkan penghormatan tersebut marilah bersama-sama kita memberikan dorongan serta sokongan bagi memperkasakan angkatan tentera Malaysia agar terus utuh dan kukuh dalam memperkukuhkan keselamatan negara dan memelihara kesucian agama. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 23-24 bermaksud :

“ Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah untuk berjuang membela Islam, maka di antaranya mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu lalu gugur shahid, dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah apa yang mereka janjikan itu sedikit pun. Berlakunya yang demikian supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyiksa orang-orang yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani”

Tuesday, September 14, 2010

Terimalah Takdir Allah

Petikan artikel dari thekelantaninsider.blogspot.com

Belum terlewat rasanya untuk menyatakan kekesalan ke atas tindakan akhbar Kosmo! dan akhbar Utusan Malaysia pada 14 September 2010 yang melaporkan berita pemasyhuran Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, dari sisi negatif tatkala akhbar-akhbar lain melihatnya dari sisi positif.Laporan akhbar Kosmo! bertajuk “Kerabat dakwa Kelantan kini ada dua sultan” dan laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan” hanyalah diasaskan kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Tengku Dato' Merjan Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah.

Cara pemberitaan kedua-dua akhbar ini menunjukkan sifat berat sebelah mereka di dalam melaporkan berita ini kerana mereka hanya mengemukakan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kerabat yang menentang pemasyhuran dengan mengenepikan terus pandangan-pandangan kerabat yang menyokong yang jumlahnya jauh lebih besar.Kemuncak kepada sifat berat sebelah mereka ini jelas terpapar di dalam laporan muka depan akhbar Kosmo! pada hari itu di mana laporan bertajuk “Keluarga pertikai pemasyhuran Tengku Faris” ini telah memuatkan perenggan-perenggan berikut:(i) Krisis keluarga diraja Kelantan semakin meruncing selepas Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa serta-merta.(ii) Bagaimanapun, ahli-ahli keluarga diraja yang menyokong Sultan Kelantan yang gering, Sultan Ismail Petra, menyifatkan pemasyhuran tersebut yang turut melibatkan peranan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai tidak sah.Penentangan Tengku Dato' Merjan dan Tengku Abdul Aziz ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra ini sebenarnya tidaklah mencetuskan sebarang krisis, apatah lagi krisis yang meruncing, di dalam keluarga diraja Kelantan kerana ia hanya berpunca dari satu pasangan suami isteri sahaja dan bukan dari majoriti ahli keluarga diraja.

Penentangan Tengku Dato' Merjan dan Tengku Abdul Aziz ini, selain tidak mempunyai sebarang asas yang kukuh, juga tidak memberi sebarang impak yang besar ke atas keluarga diraja kerana ia telah di“offset” oleh sokongan kuat anakanda mereka, iaitu Tengku Panglima Raja Kelantan, Tengku Dato' Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, ke atasnya.Jika hendak dikatakan penentangan Tengku Dato' Merjan adalah kuat kerana beliau adalah kakanda kepada Sultan Ismail Petra, maka sokongan ke atasnya adalah jauh lebih kuat kerana ia dibuat oleh dua orang lagi kakanda kepada Sultan Ismail Petra, iaitu Tengku Dato' Rozan dan Tengku Dato' Salwani Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.Penentangan Tengku Dato' Merjan dan Tengku Abdul Aziz juga sangat lemah kerana ia hanyalah merupakan satu pandangan peribadi berbanding dengan sokongan kuat Tengku Dato' Mohamad Rizam, Tengku Dato' Rozan dan Tengku Dato' Salwani yang dibuat secara rasmi di atas kapasiti mereka selaku ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.Selain Tengku Dato' Mohamad Rizam (yang merupakan sepupu kepada Tuanku), Tengku Dato' Rozan (yang merupakan bonda saudara kepada Tuanku) dan Tengku Dato' Salwani (yang merupakan bonda saudara kepada Tuanku), pemasyhuran ini juga turut disokong secara rasmi oleh empat orang lagi kerabat terdekat Tuanku Muhammad Faris Petra.

Keempat-empat kerabat terdekat lain yang menyokong pemasyhuran ini adalah: (i) Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang merupakan adinda kepada Tuanku (anakanda lelaki kedua Sultan Ismail Petra).(ii) Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Dato' Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, yang merupakan datuk saudara kepada Tuanku (adinda kepada Almarhum Sultan Yahya Petra).(iii) Tengku Dato' Faridah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, yang merupakan nenda saudara kepada Tuanku (adinda kepada Almarhum Sultan Yahya Petra).(iv) Kapten Tengku Dato' Ahmad Farizanudean Dato' Khairi, yang merupakan ayahanda sepupu kepada Tuanku (anakanda kepada Tengku Dato' Faridah).Berdasarkan kepada hakikat ini maka ternyatalah laporan akhbar Kosmo! bertajuk “Keluarga pertikai pemasyhuran Tengku Faris” itu adalah tidak benar dan dibuat dengan niat yang tidak baik, iaitu untuk memberikan gambaran kepada rakyat bahawa pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra tidak disokong oleh kerabat Baginda.

Selain kerabat yang menyokong pemasyhuran ini secara rasmi di atas kapasiti mereka selaku ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, hampir keseluruhan kerabat lain turut menyokongnya di mana sokongan ini jelas tergambar melalui kehadiran mereka di dalam upacara yang berlangsung di Istana Balai Besar pada 13 September 2010 itu.Pertikaian ke atas perlantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ini juga tidak sepatutnya timbul kerana selain dibuat oleh kerabat terdekat Baginda, turut terlibat di dalam perlantikan Baginda pada 13 September 2010 itu adalah sekumpulan ahli-ahli lain Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang sangat berwibawa di dalam bidang masing-masing.Selain dua orang hakim terkenal, iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Hashim Yusoff, dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhammad, terlibat sama di dalam perlantikan ini ialah dua orang ulama' tempatan, iaitu Mufti dan Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Mohamad Shukri Mohamad dan Dato' Che Mohd Rahim Jusoh.Terlibat sama di dalamnya ialah seorang pegawai tinggi dan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan negeri, iaitu Dato' Mohd Aiseri Alias (Setiausaha Kerajaan Kelantan) dan Dato' Nik Ishak Dato' Nik Daud yang turut mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam istiadat istana selaku bekas Ketua Istiadat Istana Kelantan.Mewakili rakyat pula adalah Dato' Wan Hashim Wan Ahmad yang, selain merupakan seorang peguam, pernah berkhidmat selaku Ahli EXCO Kerajaan Kelantan selama tiga penggal setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Peringat pada tahun 1978 dan 1982 serta kerusi Dewan Undangan Negeri Padang Garong pada tahun 1990.Seorang lagi tokoh penting di dalam proses perlantikan ini ialah Dato' Sukri Mohamed yang, selain pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Malaysia selama dua penggal setelah memenangi kerusi Kok Lanas pada tahun 1990 serta kerusi Machang pada tahun 1995, mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam bidang guaman di samping mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan Istana Kelantan sejak sekian lama.

Oleh itu, kepada akhbar Kosmo!, akhbar Utusan Malaysia, Tengku Dato' Merjan, Tengku Abdul Aziz mahupun kepada mana-mana lagi pihak yang masih mempunyai niat untuk mempertikaikan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra ini, percayalah, usaha anda tidak akan ke mana-mana, terimalah sahaja takdir Ilahi ke atas Baginda ini.

Allahu Akbar.

Monday, September 13, 2010

Daulat Tueku Sulte Kelate




Ampun Tueku beribu ampun…izinkan patik menulih sikit pasal Tueku. Tidok teniat di hati patik nok tulih hok pelik-pelik pasa Tueku. Cumonyo patik nok bui sikik pendapat serta pandange patik berkaite Tueku.

Rama bena orghe dok caro pasa hal-ehwal Rajo Kelate..biarlah hok orghe dok caro tu ambo malah nok ambik cargho. Cumonyo hok ambo nok royak bui, ambo kenal Sulte Kelate hok baru nih, bukenyo sari duo, ambo kena dio lamo jak sekoloh rendoh lagi gu…hok aloh la..tok leh nok tek lasung, meme Sultan Faris Petra nih jenih berjiwo rakyat sengoti, kalu zame dok Sekoloh Ismail mulo gak, kalu orghe maing bola…dio maing bola, kalu orghe maing berambak..dio maing berambak…kalu orghe maing TO CHUA..dio pong maing TO CHUA. Pah nyo pulok dio jenih tok menyombong lasung, tidok baso kebesare dok…tu ya bilo ambo dengar koba kato orghe dok caro hal Sultan Faris Petra tu ambo naik Rha (nok murih)…ho mugo kito kena benar denga dio.
Tapi apo pong ambo raso banggo benar bilo, Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuaeku Muhammad Faris Petra teloh selamat dimasyhurkan sebagai Sulte Kelate hok baru pado hari Sena 13 September 2010 Masihi bersame denge 4 Syawal 1431 Hijrah.Tueku kito jadi Sulte loni, bilo ado aktiviti hok berprotokol baso dio doh, tokke dio nok naung panggil kito saing-saing nih serupo dok keda kopi. Nih nok wi bukti nih..dio pelajare luluse Oxford, ngaji bak ugamo komplit, ha-ha hukom hake dio tahu, bab pentadbire ni serupo minung air jah…mugo ore pengalame banyok, ngaji pulok tinggi. Kalu denga rakyak jelato gak, ibarak takdok halange lasong, ikok jupo ore akak tange selalu…Kemah gu Sulte kawe…

Daulat Tueku…semogo Negeri Kelate bertamboh ame dan makmor dibowoh payung naunge Tueku..

Sunday, September 12, 2010

Joke Of The Day

A Story Of A Fisherman

Having arrived at the edge of the river, the fisherman soon realized he had forgotten to bring any bait. Just then he happened to see a little snake passing by who had caught a worm. The fisherman snatched up the snake and robbed him of his worm. Feeling sorry for the little snake with no lunch, he snatched him up again and poured a little beer down his throat. Then he went about his fishing.

An hour or so later the fisherman felt a tug at his pant leg. Looking down, he saw the same snake with three more worms in his mouth...

Saturday, September 11, 2010

Lawak Antarabangsa

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Friday, September 10, 2010

Terima Kasih Angkatan Tentera Malaysia


Sempena hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita semua dapat menjalani kehidupan harian dalam suasana yang aman dan damai, dan tidak sepertimana dalam keadaan yang tidak diingini di sesetengah negara lain. Sesungguhnya, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini adalah kurnia dari allah subhanahu wataala atas hasil daripada usaha gigih yang dicurahkan oleh pelbagai pihak, terutamanya warga Angkatan Tentera Malaysia. Sedar atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab ATM untuk memastikan keadaan ini berkekalan bagi membolehkan segala agenda kemajuan dan pembangunan serta aktiviti harian rakyat jelata berjalan dengan lancar dan selesa.

Sebagai perisai negara, ATM sentiasa komited memainkan peranan utamanya iaitu mempertahankan kedaulatan tanahair dan segala kepentingan strategiknya daripada ancaman luar. Berdasarkan kepada keadaan keselamatan global dan serantau yang semakin kompleks dan mencabar dewasa ini, Angkatan Tentera Malaysia akan terus berwaspada dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama ada berbentuk tradisional mahupun yang bukan tradisional. Dapat kita perhatikan bahawa trend ancaman keselamatan pada hari ini muncul secara tiba-tiba tanpa amaran awal yang jelas.


Insya Allah, dalam apa jua keadaan yang bakal kita hadapi, ATM akan terus memikul segala tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh Gagah Setia, Sedia Berkorban dan Sentiasa di Angkasa Raya sepertimana cogan kata perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Justeru dalam keseronokan kita berhari raya, kita seharusnya memberi sedikit ruang penghormatan kepada warga ATM. Nescaya tanpa pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan perbatasan negara, kita tidak mampu tidur lena mahupun bersenag menyambut hari lebaran ini. Selamat Hari Raya buat semua warga ATM.

Thursday, September 9, 2010

Komen Terhadap Kickdefella

Saya amat tertarik dengan komen Kickdefella bertajuk “Mungkin Aidil Fitri Kali Ini Adalah Aidil Fitri Terakhir Bagi Kita”. Statement yang beliau keluarkan adalah seperti berikut : “Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya. Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu. Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus. Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.”

Pada hemat saya, apa yang cuba di sampaikan oleh Tok Syed (panggilan waktu sekolah dulu…we are at the same school and the same class actually) tu ada kebenarannya. Walau bagaimanapun saya rasa kita tak bolehlah nak tudingkan jari pada sebelah pihak sahaja. Kita kena be fair dalam aspek ini, UMNO tak boleh nak tunjuk keras kepala, PAS kena fikir rational dan yang paling penting ni si PKR cukup-cukuplah dengan agenda peribadi tu. Cuba renung kembali sejarah silam Tanah Melayu, bermula dari Kerajaan Melaka, Perak, Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan, semuanya berpunca dari sikap tamak haloba masing-masing. Peristiwa 13 Mei 1969, sepatutnya kita jadikan satu pengajaran terbaik. Tapi yang peliknya, orang melayu kita sememangnya tak pernah serik dan tak pernah menghargai sejarah dan yang amat saya kecewa ialah mereka yang saya maksudkan ialah dari golongan pembesar-pembesar Negara.