Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Friday, September 10, 2010

Terima Kasih Angkatan Tentera Malaysia


Sempena hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita semua dapat menjalani kehidupan harian dalam suasana yang aman dan damai, dan tidak sepertimana dalam keadaan yang tidak diingini di sesetengah negara lain. Sesungguhnya, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini adalah kurnia dari allah subhanahu wataala atas hasil daripada usaha gigih yang dicurahkan oleh pelbagai pihak, terutamanya warga Angkatan Tentera Malaysia. Sedar atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab ATM untuk memastikan keadaan ini berkekalan bagi membolehkan segala agenda kemajuan dan pembangunan serta aktiviti harian rakyat jelata berjalan dengan lancar dan selesa.

Sebagai perisai negara, ATM sentiasa komited memainkan peranan utamanya iaitu mempertahankan kedaulatan tanahair dan segala kepentingan strategiknya daripada ancaman luar. Berdasarkan kepada keadaan keselamatan global dan serantau yang semakin kompleks dan mencabar dewasa ini, Angkatan Tentera Malaysia akan terus berwaspada dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama ada berbentuk tradisional mahupun yang bukan tradisional. Dapat kita perhatikan bahawa trend ancaman keselamatan pada hari ini muncul secara tiba-tiba tanpa amaran awal yang jelas.


Insya Allah, dalam apa jua keadaan yang bakal kita hadapi, ATM akan terus memikul segala tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh Gagah Setia, Sedia Berkorban dan Sentiasa di Angkasa Raya sepertimana cogan kata perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Justeru dalam keseronokan kita berhari raya, kita seharusnya memberi sedikit ruang penghormatan kepada warga ATM. Nescaya tanpa pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan perbatasan negara, kita tidak mampu tidur lena mahupun bersenag menyambut hari lebaran ini. Selamat Hari Raya buat semua warga ATM.

No comments:

Post a Comment