Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Tuesday, September 7, 2010

Are We Ready

Aku selalu bertanya pada diri aku, are we ready for war dan kekadang tu terfikir jugak are we the malaysian ready to face the major internal conflict??? Mungkin ramai yang berpendapat apa yang aku katakan ini adalah keterlaluan, tak dak akai… tapi cuba korang lihat dan buat sedikit analisis tentang pergolakan politik Negara Malaysia. Saya bukannya bijak sangat mahupun arif tentang politik, tapi trend politik yang saya perhatikan berlaku di Negara kita sudah agak keterlaluan dan ada pihak yang sedang menagguk di air yang keruh. Melayu berpecah belah, Cina bersatu padu pakat projek perintah Negara…bak kata orang tua-tua, disebabkan nak berlaga ayam, habis kampong tergadai…believe me..kalau orang Melayu tak berubah, pemimpim-pemimpin melayu terutamanya, tunggulah saatnya akan tiba.

So apa implikasinya…..yang ni ramai yang tak terfikirkan…pernah tak kita semua terfikir bahawasanya apabila Negara berada di dalam keadaan darurat, secara otomatis tentera akan memerintah Negara dan Al Polis Al Gulung Tikar lah jawabnya. Kita semua dah ready ke nak tengok tentera memerintah Negara, kita dah bersedia ke nak hidup dengan keadaan yang berlaku di Filipina, Myanmar, Thailand, Sri Lanka, Rwanda, Somalia dan banyak lagi. Cuba kit abaca sikit sejara pemerintahan Pol-Pot di Kemboja suatu waktu dulu, betapa sengsaranya rakyat..
Saya taklah kata tentera kita ni jahat, tapi kena ingat mereka ni semuanya dilatih dengan disiplin, tak mahu depe makan suap RM 10 ke 20 ke tahan lori. Undang-undang tenteralah setahu saya, kalau salah maknanya salah, tak betol jawabnya tak betollah….Saya sewaktu membuat kerja-kerja kajian kat Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, Indon, Myanmar, dah tengok berbagai situasi yang menakutkan dan saya amat berharap Malaysia janganlah jadi macam gitu, kesian ngan generasi kita itu saja…untuk diri kita tak risau sangat sebab masing-masing dah lanjut umur..esok lusa kioklah jawabnya…

Tapi bagaimana dengan anak-anak dan cucu-cicit kita…renungkanlah.. Haruskah anak-anak kita menerima nasib begini????

2 comments:

  1. Betul kata sdra.Keadaan dlm negeri sedikit kritikal. Saya lihat ini terjadi kerana tahap kematangan politik rakyat sdh sampai ke kemuncaknya. PRU 12 mengubah segla2nya. Dan mrk berfikiran dgn berubahnya lanskap politik dlm negeri mrk boleh lakukan apa yg wajar mrk lakukan. Kdg kala , saya fikir ada baiknya kita kekalkan demokrasi terpimpin spt mana yg berlaku ketika TDM dulu. Kita sebenarnya belum bersedia utk hidup dlmm suasana demokrasi yg sebenarnya/hakiki. Ttg konflik dlm negeri? Jgn bimbang!Saya percaya ia tak akan berlaku kerana kerajaan punyai mekanisme utk bendung dan kekang perkara tsb dr berlaku. Ingat ISA. Apabila keadaan berada di luar kawalan, kerajaan akan menguat kuasakan ISA utk menahyan mrk yg cuba memporak perandakan keselamatan dlm negeri. Mengenai pemerinatahan tentera pula, saya amatb yakin tentera kita tak sebagaimana yg sdra bayangkan. Ingat MAGERAN yg dibentuk selepas insiden 13 Mei 69. Kalau tentera kita mempunyai niat jahat, mrk sdh pasti meneruskan pemerintahan tentera menerusi MAGERAN. Tetapi sebaliknya, mrk menmyerahkann kuasa pemerintahan kembali kepada pihak awam selepas kweadeaan kembali reda. Dalam senario Malaysia, the military will always remain subservient to the civilian political masters. Jadi, seandainya tentera memerintah sekali lagi,saya amat yakinbahawa mrk akan gunakan modelm yg sama seperti MAGERAN, yg turut dianggotai oleh pegawai2 awamm dan polis.

    ReplyDelete
  2. Kata Dato Ben tu memang betul, nasib abang-abang askar kita ni jenis terlatih dan bukan jenis gila kuasa. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, kita semua ni janganlah dok bergaduh, dok berkelahi sesama sendiri. Our political masters should read more on Malaysian Histories, sebagaia contohnya Campurtangan Inggeris di Perak, Negeri Sembilan, Selangor suatu waktu dahulu..semuanya sebab nak rebut kuasa...entahlah Dato Ben ... selagi mampu kita berdoa sahajalah

    ReplyDelete