Mengapa Umat Islam Bersikap "Salbi"
Oleh sebab hanya beberapa buah sahaja negara umat Islam yang sedang mempertingkat daya pelaksanaan undang-undang Islam di negara masing-masing, sedangkan bilangan umat Islam keseluruhannya sudah meningkat ke angka billion sekarang ini, menunjukkan betapa "salbi" (negatif) umat Islam terhadap undang-undang agamanya. Masih banyak negara yang acuh tak acuh dengan undang-undang Islam, yakni tidak yakin dengan undang-undang itu, sedangkan yang berkuasa dan yang memerintah negara-negara itu adalah orang-orang Islam. Tidakkah kita merasa ganjil dan sumbang jika orang Islam sendiri tidak menyukai hukum-hukum agamanya? Orang Islam lebih gemar dan suka melaksanakan undang-undang ciptaan manusia daripada melaksanakan undang-undang yang diciptakan oleh Allah, Tuhan yang dipercayainya, Yang Disembah pagi dan petang, Allah yang dipanjatkan doa kepada-Nya selalu.
Wujudnya keadaan yang disebutkan itu antara lainnya adalah kerana undang-undang Islam itu sendiri tidak didedahkan kepada golongan yang berkuasa dengan cara yang sesuai dengan keadaan mereka untuk difahami oleh mereka dengan sebaik-baiknya. Antara sebabnya juga adalah kerana kuatnya pengaruh undang-undang ciptaan setelah undang-undang Islam menjadi momokan dan difitnahkan dengan berbagai-bagai tohmahan, seperti tuduhan kononnya undang-undang Islam itu beku, keras, kejam dan lain-lain lagi. Kerana berleluasanya kejahilan menyeluruh tentang Islam itu sendiri dan tabiatnya sebagai "ad-Deen" yang berteraskan kepada "tasawwur Rabbani", umat Islam diarahkan pandangan dan fikirannya kepada sesuatu yang tidak Islam, lalu dibiasakan dengan hidup yang tidak seiring dengan Islam itu sendiri dalam kebanyakan kegiatan hidup, hingga jadilah umat Islam itu di sebelah pihak dan Islam itu pun di pihak yang lain tanpa disedari. Perkara ini terjadi kerana tidak terdedahnya falsafah dan rahsia undang-undang Islam itu kepada pihak-pihak yang berwajib bagi dilihat Islam itu dari yang "ijabi" (positif), agar ianya lebih banyak daripada pandangan "salbi" (negatif), bagi tujuan menarik minat kepada undang-undang Islam sendiri.
Kerana sebab-sebab yang tersebut di atas dan banyak lagi sebab lain yang tidak perlu disebutkan kesemuanya di sini, maka perbincangan keunggulan Perundangan Islam perlu diberi perhatian yang lebih. Malah selagi undang-undang Islam tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat Islam, maka selama itulah keunggulan Perundangan Islam dengan metode yang boleh menyakinkan umat Islam terhadap undang-undang agamanya perlu ditingkatkan. Sesungguhnya telah menjadi kenyataan bahawa "Manusia itu menjadi musuh kepada sesuatu yang dia tidak tahu (jahil)". Mungkin kerana kejahilan sesetengah pihak terhadap undang-undang Islam, maka mereka menjadi musuh kepada undang-undang itu. Permusuhan tersebut telah dimulakan oleh musuh-musuh Islam yang terdahulu menyebabkan berlakulah peperangan demi peperangan hingga ke Peperangan Salib dan sebagainya. Atas kebijaksanaan musuh, dipindahkan permusuhan yang sedia ada di dalam hati mereka ke dalam hati orang-orang Islam yang jahil tentang Islam, lalu berlakulah permusuhan di dalam barisan Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ini.
Awal Mulo Tok Kalo Mulo
Versi Bahasa Kelantan
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..
Versi Bahasa Buku
Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..
No comments:
Post a Comment