Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Thursday, September 23, 2010

Keunggulan Perundangan Islam Bhg 1

Artikel oleh DATO' DR HARON DIN

Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Kemampuan manusia untuk menyelami hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan hidup manusia itu sendiri. Kebolehan insan untuk melihat rahsia-rahsia di sebalik kejadian-kejadian Allah dan cara hidup yang ditetapkan di dalam Islam juga dikongkongi oleh litupan "ghita" di atas mata manusia itu sendiri. Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya. Tulisan ini hanyalah suatu percubaan yang serba terhad berdasarkan andaian di atas tadi, untuk mengulangi ulasan perundangan Islam dalam skop yang serba keunggulan terhad.

Walau apa pun yang dapat diperkatakan ini hanyalah secebis kecil daripada apa yang seharusnya boleh diperkatakan. Keunggulan Perundangan Islam sudah banyak diperkatakan dari permulaan lahirnya Islam itu sendiri hinggalah ke hari ini dan hari-hari akan datang. Namun demikian ruang untuk manusia memperkatakannya masih luas terbentang yang pada bila-bila masa manusia boleh terus membongkar rahsia yang terkandung di dalam perundangan itu sekiranya ada kemampuan berbuat demikian. Pengulangan memperkatakan tentang keunggulan Perundangan Islam adalah sesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakat Islam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undang Islam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakan ungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.

Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut. Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama. Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam. Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang Allah s.w.t. Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah? Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.

No comments:

Post a Comment