Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Monday, August 16, 2010

I.S.A Perlu Dikekalkan Demi Kesejahteraan Negara - Bahagian 1

Pengenalan

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau lazimnya dikenali sebagai ISA, merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara.

Sejarah

ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Perundangan

seksyen yang bersesuaian terhadap perundangan ISA adalah seperti berikut: Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof." Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Tempat Penahanan

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak. Penahanan 60 hari pertama ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturan-peraturan memelihara hak tahanan antaranya:

1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu.

2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut.

3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan.

4) Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan.

5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu.

Dakwaan Terhadap Penahanan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.

Bantahan Dalam Negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Bantahan Luar Negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Pembebasan Tahanan Isa

Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.

No comments:

Post a Comment