Awal Mulo Tok Kalo Mulo

Versi Bahasa Kelantan

Tohok kemano pong..kalu bako baik tetak jadi baik..tohok kelauk jadi pulau..tohok kedarak jadi manusio..Imej anok kelate kito keno jago..jange bui orghe pande rendoh..orghe kecek orghe putih..kito kecek orghe putih..orghe kecek prancih..kito bubuh hok mano patuk..janji bunyi serupo prancih..

Versi Bahasa Buku

Kalau baka yang baik, campak kat mana pon tetap jadi baik..campak ke laut jadi pulau..campak ke darat jadi orang..Imej anak Kelantan perlu dijaga..jangan sampai orang pandang rendah..kalau orang berbahasa Inggeris..kita berbahasa Inggeris..kalau orang berbahasa Perancis..kita hentam apa yang patut..asalkan bunyinya macam bahasa Perancis..

Friday, September 3, 2010

Erti Sambutan Bulan Kemerdekaan



Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan yang Ke-53 pada tahun ini sekali lagi disambut dalam bulan Ramadan yang mulia sama seperti beberapa tahun sejak kebelakangan ini. Seperti biasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang di Kangar secara besar-besaran akan dilakukan dan bagi sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 tema yang diberikan ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Sambutan bulan kemerdekaan seumpama ini telahpun menjadi tradisi di negara kita setiap tahun demi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Ironinya pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dilaksanakan selang sehari selepas sambutan Hari Pahlawan iaitu pada 31 Julai. Kedua-dua peristiwa ini dilihat mempunyai nilai signifikan dan hubungkait yang cukup kuat dan erat. Pengorbanan wira-wira negara, para pejuang bangsa dan bekas perajurit yang berjuang tanpa mengenal erti takut dan putus asa akhirnya telah menjelmakan kebebasan yang mutlak kepada negara kita dari penjajah. Tanpa mereka tidak mungkin kita akan mengecapi nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang ada pada hari ini. Jasa dan sumbangan mereka bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja malah ianya adalah terlalu besar dari segi nilai dan harganya kepada generasi yang ada pada hari ini.



Justeru segala pengorbanan mereka tidak boleh disia-siakan begitu sahaja, adakah selama ini kita benar-benar ikhlas menyanjung segala pengorbanan wira-wira negara tersebut. Dalam konteks ini dua perkara yang sering menjadi persoalan utama ialah aspek keikhlasan dan penghayatan dalam kita menyambut sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang yang diadakan setiap tahun sebagai memperingati detik sejarah negara ini yang terlakar hasil pengorbanan para wira negara. Ini kerana keihklasan kita dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan boleh dilihat sebagai hadiah terbaik kepada semua pejuang kemerdekaan tanahair. Terdapat pelbagai cara untuk kita menunjukkan tanda penghargaan kepada para pejuang serta membuktikan bahawa kita menghargai nilai kemerdekaan yang diwariskan kepada seperti dengan menzahirkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang dengan penuh ikhlas serta penghayatan yang mendalam. Setidak-tidaknya kita dapat membalas segala jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan tanahaiar kerana bagi pejuang –pejuang bangsa, bendera melambangkan kekuatan mereka.


Walau bagaimanapun dewasa ini kita perhatikan kemeriahan Sambutan hari Kemerdekaan cukup mendukacitakan. Adakah ini cara masyarakat pasca kemerdekaan menzahirkan erti kemerdekaan. Kita boleh lihat betapa kecilnya premis kerajaan mahupun organisasi korporat yang mengibarkan Jalur Gemilang. Jumlah kenderaan yang memasang Jalur Gemilang juga dilihat tidak begitu memberangsangkan. Malah kebanyakkan daripada kita hanya akan memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing apabila ianya diberikan secara percuma. Tidak ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli Jalur Gemilang sendiri walaupun kosnya cukup rendah dan murah kalau dibandingkan dengan nilai darah dan nyawa yang terkorban dalam menegakkan bendera kebanggaan kita tersebut.

No comments:

Post a Comment